|
PENGKISAHAN
Dilahirkan pada tanggal 23 Julai 1976M
bersamaan 26 Rejab 1396H di Hospital Besar
Kuala Lumpur. Anak ke-3 dari 5 orang adik
beradik. Dibesarkan di No.8M, Tingkat 12,
Flat 17 Tingkat PKNS, Kampung Kerinci, Kuala
Lumpur. Dekat dengan UM.
Zaman kanak-kanak, aku ni bolehlah
digolongkan dalam kategori budak nakal.
Bertobek anggota badan tu dah memang biasa.
Hukuman paling berat yang pernah 'parent'
aku jatuhkan pada aku adalah diikat tangan
dan kaki dengan wayar penyangkut baju +
disumbat bawah katil dalam bilik. Dah dekat
nak maghrib baru aku dibebaskan. Itupun
sebab aku dah tak boleh tahan rasa nak
terkucil. Kalau tak, mungkin ambil masa
sampai 24 jam jugakla baru boleh
dipertimbang untuk dilepaskan. Bunyi macam
teruk, tapi sebenarnya kalau nak dibanding
dengan tahap kesalahan yang aku buat, kira
ringan je tu.
Aku lebih rapat dengan mak aku walaupun
arwah Uci aku kata muka aku lebih mirip
dengan ayah aku. Kira aku ni anak maklah.
Sampai sekarangpun, aku lebih cepat terasa
kalau mak aku yang menegur. Kadang-kadang tu
tak sampai seminit mak aku bercakap, airmata
aku dah mencurah-curah. Tak taulah kenapa.
ZAMAN SK
Aku mendapat pendidikan awal di PASTI Flat
17 tingkat, Kg.Kerinci. Kemudian, sambung darjah
1 sampai 6 di SK Bangsar. Walaupun aku ni
nakal, tapi aku dilantik jadi pengawas
sekolah tau. Aktiviti yang paling aku suka
masa tu, pergi 'camping' dengan kengkawan
pengakap lain. Memang cukup 'adventure'.
'Best' tahap gaban gitu.....
ZAMAN SMK
Habis
sekolah rendah, aku bersekolah di SMK Seri
Pantai, Kg.Kerinci. Di sana aku teruskan
dengan aktiviti kepengakapan sampai aku
dilantik sebagai ketua pengakap sekolah masa
tingkat 3. Selain tu, aku jugak 'join'
persatuan agama Islam sekolah.
Bermula di
sekolah menengahlah aku mula dapat rasa
kecenderungan ke arah agama TUHAN. Aku mula
mendekati Al-Arqam. Aku mula sertai 'karkum'
jemaah Tabligh. Kiranya, dalam keluarga,
akulah yang agak berlainan sifat dan
minatnya sebab ahli keluarga yang lain agak
neutral.
Selesai SRP, aku mohon masuk ke Maahad
AL-Ehya As-Shariff, Gunung Semanggol. Berkat
doa mak ayah, aku dimatangkan di sana. Tak
cukup ruang ni kalau nak aku kisahkan semua
pengalaman di sana. SPM aku lalui. 'Result'
kira oklah. Subjek yang paling
aku fobia (math) memang dah dijangka 6
terbalik. Tapi pencapaian 3 subjek agama
boleh dibanggakan.
Aku memilih untuk melanjutkan
pelajaran ke tingkatan enam di
Yayasan Anda Akademik, Jalan Pantai
Bharu. Diamanahkan untuk memegang
jawatan Timbalan Pengerusi,
Persatuan Siswa-Siswi YAA banyak
mendedahkan aku kepada jalan hidup
berpersatuan. Aku mula mendekati
PKPIM, PEPIAS dan ABIM antaranya.
ALAM PEKERJAAN
Kerja pertama yang aku buat lepas
selesai STPM adalah menjadi atendan
parking di Metro Parking,
bersebelahan Kompleks SOGO. Gajnya
tak banyak. Setakat RM 450.00
sebulan. Campur OT & elaun, dapatlah
RM 600.00 sebulan. Tapi aku cuma
sempat kerja di sana setakat 1 bulan
13 hari je kerana dapat tawaran
sebagai Guru Al-Quran & Fardhu 'Ain
di Masjid Bulat, SS 14, PJ.
Di sanapun aku cuma bertahan tak
sampai 6 bulan. Aku berhijrah pula
ke Pusat Pengutan Zakat (MAIS) bila
ditawarkan sebagai Pegawai Zakat.
Seingat aku, gaji yang ditawarkan
masa tu lebih kurang RM 450.00
sebulan. Kecil tapi ada sesuatu yang
membuatkan aku menerimanya.
Dan kini, aku masih di PPZ (MAIS).
Cuma namanya yang dah berubah ke
Lembaga Zakat Selangor (MAIS).
Kepuasan bekerja cukup aku rasai di
sini. Terutamanya ketika berada di
Jabatan Dakwah & Pemasaran (JDP).
Seronok sebab hampir 70% skil yang
aku perolehi pada hari ini ditimba
ketika di jabatan itu.
BAHAGIA PERKAHWINAN
Aku berumahtangga ketika baru
berumur 23 tahun. Muda. Memang muda.
Zaujah aku tua setahun dari aku. 31
Mei 1999. Itulah tarikh keramatnya.
Hasil perkongsian hidup, kami
setakat ini dikurniakan seorang
putra dan 2 orang putri.
Aku ni jenis yang setia pada
pasangan. Aku boleh saja terpikat
pada muslimah lain di luar sana tapi
setakat itu sajalah. Tak akan pernah
lebih. Dan mungkin payah nak
dipercaya tapi aku tak pernah lupa
dari beritahu pada zaujah bila aku
mula rasa terpesona dengan sesiapa
di luar sana. Pelik kan?
Mungkin faktor itulah yang
menjadikan kami kerapkali
'rejuvanate' alam perkahwinan kami.
Dan kami lakukannya bersama. Demi
aku. Demi dia. Dan demi insan-insan
tersayang...
|