| |
24
April lalu aku berpeluang
mengunjungi Klinik Kesihatan di
Gombak. Rasa sengal di belakang
cukup membataskan pergerakan kaki
aku. Oleh kerana hari yang sama juga
aku sepatutnya attend final exam, so
aku paksakan jugalah badan untuk
memandu ke sana sebab pihak
universiti tidak mengiktiraf MC dari
klinik swasta walaupun yang
keluarkan MC itu doktor pakar dari
PUSRAWI.
Lepas hantar anak-anak pergi sekolah
agama, aku terus bergegas ke sana.
Lebih kurang jam 7.50 pagi aku
sampai. Ingatkan akulah antara yang
terawal, rupanya dah dekat nak 30
orang dah ada dalam klinik. Apa
boleh buat. Beratur sajalah nampak
gayanya.
Melangkah ke dalam klinik, aku terus
ke kaunter pendaftaran. Nurse di
sebalik cermin sana memandang aku.
"Pernah datang ke?" tanya nurse.
"Tak pernah. Ini pertama kali,"
balas aku.
"Ambil nombor dan kepilkan dengan
kad pengenalan. Lepas tu letak dalam
bakul. Kena bayar seringgit ye encik,"
terang nurse pada aku. Aku hulur
duit seringgit untuk pendaftaran.
Aku memerhati keadaan sekitar.
Majoritinya kaum hawa. Aku
mencari-cari kalau-kalau ada kerusi
yang masih kosong.
"Ha, depan bilik doktor ada kosong,"
bisik hati.
Aku
duduk di sebelah seorang kakak yang
sedang memangku anak lelakinya.
Demam agaknya. Asyik merengek je
anaknya. Tapi tak sampai 3 minit aku
duduk di situ, rasa kurang selesa
mula menerpa. Ada bau yang kurang
enak berlegar di situ. Aku menjeling
ke sebelah kiri. Dekat dengan tandas
rupanya. Patutlah semacam je baunya.
Aku terus bangun. Tengok ke sebelah
belakang kalau-kalau ada kerusi yang
masih berbaki. Masa tu hampir 50
orang dah memenuhi ruang terhad
klinik. Tak ada. Makanya,
terpaksalah aku melangkah keluar.
Menghirup udara yang walaupun
tidaklah sebersih mana tetapi
setidak-tidaknya tak berbau macam di
dalam. Dan setelah hampir 30 minit
berdiri, akhirnya dapat juga aku
duduk bila seorang kakak bangun
masuk ke bilik doktor.
"Patutlah lama. Seorang doktor saja
yang bertugas rupanya," rungut aku.
"Bila nak habis kalau macam ni.
Orang dok makin bertambah. Kalau
macam ni, mau sembahyang jumaat kat
sini je dibuatnya," tambah rungut
lagi.
Makin bertambah lagi rungutan hati
bila kaki dok dicucuk dek nyamuk
yang bebas beterbangan di bawah
kerusi. Nyamuk aedes pulak tu. Kalau
dibiarkan kaki duduk diam, mahu kena
demam denggi aku dibuatnya. Cukup
pelik kalau dapat demam denggi di
klinik kesihatan. Kepala tak
habis-habis aku gelengkan. Tak masuk
dek akal.
Dan jangkaan aku 80% tepat. Aku
terpaksa menunggu hampir 2 jam
setengah sebelum nama aku dipanggil
masuk. Nasib baiklah layanan doktor
baik. Mesra. Aku cuba terangkan apa
masalah yang aku ada. Dia faham.
Memang biasa bagi pengidap masalah
macam aku untuk alami apa yang aku
hadapi hari itu katanya.
"Nanti ambil ubat di kaunter luar
ye. Ini MC untuk encik. Kena banyak
berehat tau. Kurangkan pergerakan
dan hati-hati bila nak angkat benda
yang berat," nasihatnya.
Selepas mengucapkan terima kasih,
aku pergi ke bahagian depan kaunter
farmasi. Kena ambil nombor lagi
rupanya. Bila ada nombor, kena
tunggu lagilah nampak gayanya. So,
aktiviti menunggu berulang kembali.
Syukurnya, tempoh menunggu tidak
selama tadi. Lebih kurang 10 minit,
nurse di dalam memanggil nama aku
untuk mengambil ubat.
Kalau
melihatkan jenis ubat yang diberi,
aku agak sedikit kurang yakin sebab
cukup berlainan dari ubat yang biasa
dibekalkan oleh doktor pakar di
PUSRAWI. Tak apalah. Aku ambil juga.
Yang sedikit lucunya, bila nurse
menghulurkan ubat tu pada aku, dia
nampak sedikit pelik. Sebab aku tak
terus ambil ubat-ubat tu. Bukannya
aku tak mahu ambil cuma aku ingat
dia akan letak dalam plastik dulu.
Rupanya plastik untuk letak ubat
tidak disediakan. Apa nak buat.
Selesai semua, akupun beredar. Hati
aku mula mengiyakan separuh dari
kisah-kisah kekecewaan orang
terhadap perkhidmatan di klinik
kerajaan. Tapi, untuk bayaran cuma 1
ringgit, ada rasionalnya jugak mutu
perkhidmatan yang diberikan. Kira
adil jugalah. Kalau mutu
perkhidmatan yang dicari, orang tak
akan datang ke klinik kerajaan. Baik
pergi klinik swasta. Tapi orang
ramai tetap ke sana sebab tiada
pilihan lain untuk mereka.
Overall, dari 5 bintang, aku bagi
2.5 bintang untuk klinik kesihatan
gombak. Mungkin aku akan datang lagi
ke sana (kalau tak ada pilihan lain
la).
|
|