RS.catatan hidup
 
RS.utamaRS.profil diriRS.makan-makanRS.universityRS.info chariTI
 
KONSERT ANTARA DUNIA
Lokasi : Stadium Malawati, Shah Alam
 
17 Julai lalu, aku bawa seisi keluarga ke Air Terjun, Hulu Yam. Kami keluar rumah lebih kurang jam 9.00 pagi. Bukan apa, aku tak mahu berpusing 3,4 kali mencari parking kereta kalau sampai di sana lewat. Maklumlah, hari cuti. Mesti ramai yang sama hajatnya dengan kami.

Aku memilih untuk ke air terjun dan bukannya ke lokai-lokasi lain di sepanjang jalan kerana kurang selesa dengan kesesakan orang ramai. Ditambah pula dengan isu kebersihan air sungai yang beratus orang mandi  di dalamnya. So, air terjun di bahagian separuh bukit di Hulu Yam menjadi pilihan. Airnya lebih fresh. Lebih terjamin kebersihannya kerana lokasi itu tempat paling atas. Maknanya, kami orang pertama yang merasa airnya barulah air itu mengair turun ke bahagian bawah bukit dan terus ke sungai.

Kami sampai lebih sikit jam 9.30 pagi. Lengang lagi rupanya. Yang ada cuma pengawal yang menghulurkan tiket berharga RM 3.00 untuk aku, wife dan anak-anak. Lepas mendapat tempat paling sesuai untuk berlabuh, wife aku mula menghidangkan hidangan yang kami beli on the way ke sana sebelum itu. Menunya, nasi lemak sambal udang, nasi kerabu dan kuih muih. Air, sky juice je.

baca lagi.....
 
BERKELAH DI HULU YAM
Lokasi : Air Terjun, Hulu Yam
 
SEHARI DI KLINIK KESIHATAN KERAJAAN
Lokasi : Klinik Kesihatan Gombak
 
24 April lalu aku berpeluang mengunjungi Klinik Kesihatan di Gombak. Rasa sengal di belakang cukup membataskan pergerakan kaki aku. Oleh kerana hari yang sama juga aku sepatutnya attend final exam, so aku paksakan jugalah badan untuk memandu ke sana sebab pihak universiti tidak mengiktiraf MC dari klinik swasta walaupun yang keluarkan MC itu doktor pakar dari PUSRAWI.

Lepas hantar anak-anak pergi sekolah agama, aku terus bergegas ke sana. Lebih kurang jam 7.50 pagi aku sampai. Ingatkan akulah antara yang terawal, rupanya dah dekat nak 30 orang dah ada dalam klinik. Apa boleh buat. Beratur sajalah nampak gayanya.

Melangkah ke dalam klinik, aku terus ke kaunter pendaftaran. Nurse di sebalik cermin sana memandang aku.

"Pernah datang ke?" tanya nurse.

"Tak pernah. Ini pertama kali," balas aku.

"Ambil nombor dan kepilkan dengan kad pengenalan. Lepas tu letak dalam bakul. Kena bayar seringgit ye encik," terang nurse pada aku. Aku hulur duit seringgit untuk pendaftaran.

baca lagi.....
 
PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR
Tarikh : 19 April 2009
Lokasi : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
 
Memang cukup mengujakan. Setelah sekian hari menanti detik dan saat mulanya, maka ahad lepas aku sekeluarga meluangkan hampir 5 jam menjenguk pesta buku di PWTC. Tepat jam 11 pagi, kami dah mula bersiap. Yang paling penting, dompet duit disemak keberadaannya. Target....Tidak melebihi RM 200.00 untuk semua ahli keluarga. Termasuklah anak bongsu aku, Marha.

Kami tiba sekitar jam 12.00 tengahari. Masalah parking memang dah dijangka. Banyak kereta yang diletak di bahu jalan disaman dek abang-abang polis trafik. So, pilihan terbaik, parking di The Mall. Mahal sikit, tapi kalau nak dibanding dengan harga saman, kira jauh bezanya.

Tahun ni, aku lebih bersedia. Untuk aku, 2 buah buku yang sangat-sangat menarik minat karya Micheal H.Hart dan satu lagi, buku rujukan tentang Perlembagaan Malaysia. Dengan tawaran diskaun, pasti harganya lebih murah kalau nak dibandingkan dengan harga runcit di kedai. Wife aku macam biasa tercari-cari novel karya terbaru novelis kegemaran. Siapa lagi kalau bukan Faisal Tehrani. Malangnya, dek kerna terlalu ramai umat manusia yang berkerumun di gerai Ameen Publishing, hasrat untuk mendapatkan tandatangan dari penulisnya terpaksa ditangguhkan. Mungkin ada rezki di lain kali.

baca lagi.....
 
REHLAH FAMILI
Tarikh : 15 Mac 2009
Lokasi : Sungai Pangsun, Ulu Langat

Sungai Pangsun, Ulu Langat menjadi sasaran destinasi perkelahan aku dan famili. Dah lama sangat rasanya kami tak berkelah sama-sama. Seingat aku, dah dekat nak 2 tahun.

So, lepas bincang dengan wife, akupun siapkan semua keperluan. Malam sebelum tu, aku sekeluarga tidur di rumah orang tua aku di Kg.Kerinci. Siapkan barang-barang terutamanya makanan dan 'snack' yang pasti akan dicari-cari bila dah lapar lepas mandi sungai. Pagi tu, kami bangun awal. Lepas solat subuh, aku turun ke kereta. Double check apa yang patut. Lebih kurang jam 9.00 pagi, kami bertolak ke sana. Aku dan ayah memandu kereta masing-masing. Semua yang turut serta dibahagi sama banyak termasuklah anak-anak saudara aku.

Perjalanan ambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke sana. Di sana, aku sewa sebuah pondok yang tersusun sepanjang sungai. RM 20.00 sehari. Okla kalau nak dibandingkan dengan setakat bentang tikar jer. Selesa sikit bila nak letak barang-barang dan tukar pakaian.

Fuh...Memang best. Sejuk betul airnya. Hampir 3 jam jugalah baru terasa nak balik. Memang memuaskan hati. Makanan yang mak masak, walaupun simple, cukup nikmat rasanya.

Next destination.....nantikan
 
hit laman RIZALSHAH.T35
free hit counter html code

PENAFIAN : semua maklumat, pandangan & maklum balas di dalam laman ini adalah pandangan peribadi semata-mata.
 
stats

Hosted by T35 Free Web Hosting. Sunglasses Sale - Online Casino - VW Los Angeles - Drug Rehab - Online Colleges - Domains - Prada - SEO Services