| |
14 Okt 2009, 8.52
pm
TOLAK PARTI
ISLAM BERMAKNA
TOLAK ISLAM
!!!!!!
Mak aii....terkejut
rasa hati bila
terbaca
statement tu.
Manakan tidak,
aku kenal ramai
tokoh-tokoh
dalam gerakan/parti
Islam tapi tak
pernah lagi aku
dengar benda
macam tu.
Statement tu
seolah-olah nak
kata sesiapa
yang tidak
bersama (bukan
ahli/bukan
penyokong)
sesebuah parti
Islam, maka
menolak Islamlah
dia. Berat tu.
Memang benar bahwa setiap jiwa
Islam diwajibkan untuk menyokong
setiap usaha untuk menegakkan
agama Allah di muka bumi.
Sesiapa sahaja yang berusaha
untuk meninggikan syiar Islam
perlulah didokong oleh setiap
umat Islam. Aku ulang, SESIAPA
SAHAJA yang bejuang untuk Islam,
maka dia perlulah disokong dan
dibantu. Tiada hak ekslusif.
Allah dan Rasul tidak pernah
menunjukkan kepada mana-mana
parti. FirmanNYA :
"Dan hendaklah ada di antara
kamu segolongan umat yang
menyeru kepada kebajikan
(Islam), mengajak kepada yang
makruf dan mencegah dari yang
mungkar."
[Ali Imran:104]
Tiada pengkhususan.
Sesiapa sahaja yang beriman
kepadaNYA dituntut supaya
memikul tugas besar ini. Amatlah
tidak tepat untuk melabelkan
pihak yang memilih wadah yang
berlainan dari kita sebagai
menolak agama Allah. Kerana
Allah sendiri tidak melakukannya.
Biasanya orang
yang buat
statement semacam
ini akan
menggunakan
typical analogy
iaitu :
1. Hudud hukum
Allah. Sesiapa
yang menolak
hudud bukankah
dia menolak
agama Allah?
Baik, mari kita
fikirkan
sebentar.
Analogi 1. Benar,
barangsiapa yang
menolak hudud
bermakna dia
menolak hukum
Allah. Bahkan,
bukan setakat
persoalan hudud
semata.
Mana-mana
bahagian di
dalam Islam
tidak boleh
ditolak. Itu
jelas. Tiada
percanggahan
padanya.
Barangsiapa yang
melakukannya
bermakna dia
telah melakukan
dosa di sisi
Allah.
Tetapi, ada
perbezaan yang
cukup besar
antara MENOLAK
HUKUM ALLAH
dengan MENOLAK
PARTI. Kita
perlu jelas
bahawa Islam
adalah agama
Allah. Ianya
bersifat syumul.
Tiada kecacatan
padanya. Tiada
kesilapan di
dalamnya. Tiada
percangahan pada
kandungannya.
Now, let us
focusing on
parti pulak.
Parti adalah
ciptaan manusia.
Ianya ditadbir
oleh manusia.
Ianya tidak
syumul. Parti
terdedah kepada
pelbagai
kecacatan. Parti
biasa melakukan
kesilapan. Parti
biasa berlaku
percanggahan di
dalamnya.
Moralnya, parti
adalah wadah.
Islam adalah
aqidah.
So, bagaimana
mungkin kita
boleh menyamatarafkan
PARTI dengan
ISLAM? Bukanlah
satu dosa untuk
seorang muslim
memilih wadah
yang pelbagai di
dalam menegakkan
agama Allah.
Parti hanya
salah satu dari
wadah yang ada.
Dan parti boleh
ditolak pada
bila-bila masa
dan di mana jua.
Kerana PARTI
HANYALAH WADAH.
Namun, berlainan
pula hukumnya
dengan ISLAM.
ISLAM ADALAH
AQIDAH. Ianya
tidak boleh
ditolak walau
pada masa mana
sekalipun atau
di mana jua.
Menolak Islam
secara total
atau sebahagian
darinya bermakna
menolak
kesyumulan
Islam. Dan
penolakan itu
boleh sampai
menggugat aqidah.
Seperkara yang
amat perlu kita
fahami. Islam
adalah agama
yang diredhoi
Allah. Telah
disempurnakan ia.
Telah
dilengkapkan
nikmat Allah
padanya. Itu
adalah
endorsement dari
tuan punya
agama. Islam
juga diletak
pada kedudukan
yang paling
tinggi dan dan
tiada suatu
apapun yang
boleh
mnyeinginya. Itu
endorsement dari
baginda Rasul.
Oelh kerana 2
perakuan agung
ini, maka
tiadalah lagi
berhak untuk
mana-mana
manusia atau
organisasi
ataupun parti
untuk diletak
samataraf dengan
Islam. Tak
kiralah walau
sehebat manapun
parti itu
memperjuangkan
Islam, itu tidak
menjadi tiket
untuk parti itu
disamakan dengan
Islam.
Kerana apa?
Kerana Islam itu
sempurna. Parti
itu penuh dengan
kecacatan.
Teringat satu
ketika tak lama
dulu. Bila wife
aku pulang dari
usrah. Dia tanya
satu soalan pada
aku.
"Yang, betul ke
cuma parti ***
je yang paling
baik.
Gerakan-gerakan
Islam lain di
Malaysia ni
tidak sebaik dan
selengkap parti
***. Sebab parti
*** saja yang
nak menegakkan
hukum hudud di
Malaysia?"
Aku senyum
seketika.
Rasanya aku dah
boleh agak
kecenderungan
naqibah yang
memimpin usrah
wife aku tu. Aku
balas pertanyaan
wife aku dengan
jawapan yang
seringkas
mungkin. Tak
mahu jawapan aku
nanti menambah
kemusykilan yang
dah sedia ada.
"Di Malaysia ni,
ada banyak
gerakan-gerakan
Islam yang
matlamatnya
hanya satu.
Iaitu menegakkan
dan meninggikan
syiar agama
Allah. Bezanya,
setiap gerakan
Islam mempunyai
fokus yang
pelbagai. ABIM
dan JIM lebih
fokus kepada
soal pembangunan
jatidiri dan
kefahaman Islam.
PPIM fokus
kepada soal
kepengunaan.
PERKIM fokus
pada menarik non
muslim kepada
Islam. Hatta
Jemaah
Tablighpun ada
sumbangannya
kepada agama
Islam. Dan parti
*** fokus kepada
menegakkan
kerajaan Islam."
"So, tak ada
satu gerakanpun
yang boleh
mendabik dada
kata dialah yang
paling baik
berbanding yang
lain. Setiap
gerakan bergerak
sebagai
compliment to
eace other.
Saling lengkap
melengkapi.
Matlamatnya satu.
Menegakkan agama
Allah. Cuma
wadahnya saja
yang pelbagai."
"Kena ingat satu
perkara je.
Siapapun yang
nak menegakkan
agama Allah,
kita kena sokong.
Kalau 10 tahun
akan datang
tiba-tiba parti
DAP sekalipun
nak tegakkan
agama Allah, so
kita kena sokong
dia."
"Hish, takkan
DAP nak tegakkan
Islam," celah
wife aku.
"10 tahun dulu,
pernah tak kita
terfikir yang
PAS dan DAP akan
bersama macam
sekarang? Tak
pernah kan? Mana
ada orang yang
akan percaya
kalau kita kata
PAS dan DAP akan
bersama 10 tahun
dulu. Mustahil.
Tak mungkin akan
terjadi.
Sekarang?" So,
dalam politik,
tak ada benda
yang mustahil."
Moralnya,
jadilah orang
yang fanatik
pada agamanya.
Tapi jangan jadi
orang yang
fanatik pada
politiknya.
Mungkin
kata-kata al-
Syeikh Abu al-Hasan
al-Nadwi boleh
kita jadikan
panduan :
“Wahai
tuan-tuan!
Besarnya
perbezaan antara
matlamat yang
dituju dan
natijah yang
muncul.
Perbezaan ini
akan zahir dalam
jiwa yang
bekerja untuk
itu. Maka, yang
bertujuan
mendapatkan
kerajaan, akan
hilang
kesungguhan dan
diam apabila
tidak
memperolehinya,
atau hilang
harapan
mendapatkannya.
Dia akan
berhenti dari
dakwah. Dia juga
akan melampau
jika berjaya.
“Bahaya bagi
setiap jemaah (kumpulan)
yang pemikiran
mereka dibentuk
atas cinta (mendapatkan)
kerajaan (kuasa)
dan bekerja
untuk itu.
Kerana ia akan
menyebabkan
mereka
meninggalkan
jihad di jalan
dakwah atau
boleh terpaling
dan terseleweng
tujuan mereka.
“Sebabnya, uslub
(cara) untuk
mendapatkan
kerajaan berbeza
dengan uslub
dakwah. Wajib
kepada kita
membersihkan
akal dan jiwa
kita,
semata-mata
untuk dakwah.
Hanya dakwah,
khidmat,
pengorbanan,
mengutamakan
saudara Muslim,
mengeluarkan
manusia – dengan
izin Allah –
dari segala
kegelapan kepada
cahaya (Islam),
dari jahiliah
kepada Islam,
dari kesempitan
dunia kepada
keluasannya.
Dari kekejaman
agama-agama yang
sesat,
sistem-sistem
yang zalim,
mazhab-mazhab
yang tidak
menentu, kepada
keadilan Islam
dan lembayungnya.
“Jika pada satu
peringkat dakwah,
atau pada satu
masa – setelah
prinsip-prinsip
dakwah dan
akidah kukuh
dalam jiwa
pendakwah –
tujuan dakwah
tidak dapat
dicapai
melainkan dengan
mendapatkan
kerajaan, kita
akan berusaha
untuk
mendapatkannya.
Demi
kemaslahatan
dakwah. Dengan
jiwa yang luhur
dan bersih,
benar dan amanat,
khusyuk dan
tulus, seperti
kita bersungguh
dalam
tanggungjawab
dan rukun agama,
juga
ibadah-ibadah
yang lain. Tiada
beza bagi
seorang mukmin
antara kerajaan
dan ibadah yang
lain, jika telah
ikhlas dan betul
niatnya. Kesemua
itu dalam reda
Allah,
kesemuanya pada
jalan Allah.
Kesemuanya
ibadah yang
mendekatkan diri
kepada Allah.”
(rujukan: al-Qaradawi,
al- Syeikh Abu
al-Hasan al-Nadwi
kama ‘araftu,
m.s. 122-125,
Damsyik: Dar al-Qalam).
|
|