| |
24 Ogos 2009,
5.03 pm
[petikan dari
nogori.blogspot.com]
Gambar
ni adalah suasana di surau taman
tempat saya tinggal iaitu di
Taman Sri Pulai 3 , Sikamat
Seremban. Saya baru sahaja
berpindah ke taman tersebut
kira-kira 4 bulan yang lalu,
sebelum ini saya menetap di
Taman Warisan Puteri , di situ
suraunya disediakan oleh pihak
pemaju dan aktiviti surau sangat
aktif serta berjaya mengundang
kehadiran ramai jemaah . Saya
sempat berkhidmat sebagai
Setiusaha selama 3 tahun di
Surau Al-Hidayah , Taman Warisan
Puteri sebelum mengundur diri
kerana berpindah ke taman baru.
Surau di Taman Sri Pulai 3 ini
di namakan Surau Al – Hikmah
dengan kehadiran jemaah setiap
hari kira-kira 10-15 orang.
Kalau surau ini besar saya rasa
akan lebih ramai lagi para
jemaah yang mampu diisi kerana
jumlah penduduk di taman
tersebut mencecah 400 orang .
Pemaju di taman ini tidak
menyediakan surau untuk penduduk
tetapi telah memberikan satu
tapak untuk di jadikan surau
Saya merasa kagum dengan
inisiatif jawatankuasa surau
tersebut yang menjadikan sebuah
rumah sewa sebagai surau
sementara bagi tujuan solat
berjemaah dan tempat perhimpunan
siratulrahim penduduk di taman
tersebut.
Walaupun
surau tersebut bertaraf surau
sementara kegigihan jawatankuasa
surau mengimarahkan aktiviti
surau amat dihargai. Aktiviti
keagamaan seperti kuliah subuh,
kuliah bulanan, bacaan yasin,
majlis korban, ceramah Israk
Mikraj dan sebagainya telah
berjaya diadakan walaupun dengan
sebuah rumah sewa sahaja. Saya
juga pernah menjemput ahli
jemaah surau ke rumah saya untuk
bacaan doa selamat serta tahlil
arwah ayah dan alhamdulilah
hampir 60 orang ahli surau dan
penduduk taman yang hadir.
Saya dimaklumkan telah 3
tahun rumah sewa itu
dijadikan surau bagi
penduduk-penduduk di taman
tersebut. Surau tersebut
paling ramai pun hanya boleh
memuatkan 25 orang sahaja.
Sempena bulan Ramadhan ini
kehadiran para jemaah telah
melebihi muatan , pihak
jawatankuasa telah mengambil
inisiatif memasang khemah di
luar surau untuk menampung
kehadiran jemaah. Saya
kesian juga kepada mereka
yang berjemaah di luar dalam
keadaan yang kurang selesa,
panas dan kalau hujan
mungkin lebih menyukarkan.
Jemaah wanita pula terpaksa
ditempatkan di bilik utama
rumah tersebut
 Pihak
Jawatankuasa surau telah
berusaha sedaya upaya
mencari dana bagi menampung
kos pembinaan surau tersebut
dengan membuat kutipan derma
daripada penduduk, golongan
korporat dan memohon kepada
pihak- pihak yang berkenaan.
Namun sehinggi kini dana
yang terkumpul adalah
sebanyak RM 30,000 sedangkan
kos pembinaan dianggarkan RM
150,000 – RM 200,000. Saya
sendiri akan mencuba mencari
dana bagi pembinaan surau
tersebut dari sumber-sumber
yang saya rasakan boleh
membantu.
Kepada anda diluar sana yang
ingin menambahkan saham
akhirat dengan membantu
pembinaan surau ini bolehlah
berbuat demikian dengan
menghantar sumbangan ikhlas
anda ke akaun :
Bank Islam Surau Al-Hikmah
05-012-01-006781-1
Sebarang pertanyaan bolehlah
menghubungi Bendahari surau
En Redzuan b. Mohamad Thany
di talian 019- 6529098 .
Ayuhlah kita mewakafkan
sedikit harta kita bagi
membina sebuah lagi rumah
Allah di samping sebagai
bekalan kita menuju ke
negeri yang abadi .
Sumbangan anda amat
dialu-alukan hulurkan tangan
ringankan beban. Firman
Allah SWT
“Katakanlah kepada hamba2 Ku
yang beriman, 'hendaklah
mereka mendirikan solat,
menafkahkan sebahagian
rezeki yang Kami berikan
kepada mereka secara
sembunyi ataupun
terang-terangan sebelum
datang hari (kiamat) yang
pada hari itu tiada jual
beli dan persahabatan". (surah
Ibrahim:31)
|
|