| |
17 Sept 2009,
8.15 am
Hari
minggu lepas, aku dan famili
dapat juga pergi beli keperluan
untuk menyambut raya tahun ni.
Kat mana? Kat mana lagi kalau
tak Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan
TAR). Sebenarnya, sebelum ambil
keputusan untuk ke sana, aku dah
try survey shopping-shopping
complex yang ada di sekitar
Gombak ni. Tapi malangnya, tak
banyak pilihan yang menarik hati.
Tambah pulak, tahun ni wife aku
bersungguh benar pulak nak make
sure kami sefamili pakai baju
yang sedondon warnanya. Warna
pilihan tahun ni, hijau pucuk
pisang. Aku sebenarnya tak
berapa minat nak pakai baju sama
warna ni tapi, memandangkan wife
aku dah nak sangat so, aku
turutkan jugalah. Sayang binilah
katakan....hehe
Sehari sebelum ke Jalan TAR, aku
dan wife duduk sama-sama. Sorang
pegang pen dan kertas. Yang
sorang lagi pegang kalkulator.
Nak kena buat bajet sikit. Takut
terlebih pulak bila dah rambang
mata nengok barang-barang di
sana nanti. So, aku dan wife
buat memorandum of understanding
(MOU). Hanya barang yang
tersenarai saja yang akan dibeli.
Tak lebih. Tak kurang. Itupun
depend on budget allowcated.
Kami keluar rumah tepat jam 9.45
pm. Sampai di sana sekitar jam
10.20 pm. Seperti yang aku dah
jangkakan, parking adalah
masalah utama. Hampir 4 kali
jugalah aku tawaf sekitar jalan
TAR tu mencari parking kereta.
Akhirnya, dah rezeki agaknya,
ada satu tempat di bahu jalan.
Agak gelap tempat tu, tapi
memandangkan banyak lagi kereta
yang parking berhampiran so, aku
park sajalah di situ.
Ya
Allah....Ramainya umat manusia.
Ingatkan bila dah time
hujung-hujung Ramadhan baru
ramai. Diorangpun macam aku juga
rupanya. Sampai nak berjalanpun
terpaksa bersesak. Semua pakat
jalan mengereng. Padat sangat.
Risau juga kalau-kalau tangan
anak-anak terlepas dari tangan.
Bukan senang nak cari dalam
lautan manusia tu.
Tak apalah kata aku pada wife.
Alang-alang dah sampai ni,
teruskan jugalah. So, aku
cadangkan pada wife untuk terus
ke kedai berhampiran deretan
kedai guntin rambut di sana.
Setahu aku, di kedai tu ada
banyak pilihan.
Tepat
jangkaan aku. Memang banyak
jenis dan corak baju raya yang
ditawarkan. Kerja pilih-memilih
aku serahkan pada wife. Bukan
apa, aku ni bukannya jenis yang
sabar sangat dalam hal-hal
shopping ni. Biar orang
perempuan sajalah yang settlekan.
Aku tarik kerusi yang ada di
kedai tu dan duduk menunggu.
Hampir 1 jam setengah jugalah
baru selesai. Itupun bukan untuk
semua. Cuma baju anak-anak saja
yang dibeli. Aku dan wife
memilih untuk menjengah sebuah
lagi kedai yang pernah kami
pergi tahun lepas.
So,
selesai beli untuk anak-anak,
kamipun berjalanlah di
tengah-tengah lorong yang penuh
dengan deretan gerai menjual
seribu satu barang untuk raya.
Sempat jugalah singgah menengok
apa-apa yang menarik perhatian.
Tapi tak adalah beli. Maklumlah,
list barang dah ada di tangan
wife aku.
Syukur juga sebenarnya sebab
banyak pilihan baju untuk aku
dan wife. Lepas tawar menawar,
dapat jugalah save dalam hampir
RM 100.00 berbanding bajet.
Selesai beli semua yang perlu,
aku bawa famili melepaskan
dahaga di kedai berhampiran
Semua House. Pekena cappuccino
dan latte ais. Fuuhhh....Lega
betu rasanya. Terasa air tu dok
mengalir dalam badan.
Lastly, acara beli-belah sempena
raya tahun 2009 untuk famili aku
selesai hampir jam 12.15 am.
Peliknya, mata anak-anak aku tak
pula mengantuk. Terkejut agaknya
dengan pengalaman shopping
sampai awal pagi....hehe. Pada
yang still belum sempat beli
baju raya tahun ni, aku
recommend ke Jalan TAR. Gerenti
tak akan kecewa dengan pilihan
dan harga yang ditawarkan.
Selamat berhari raya pada semua.
|
|