TUAN
PEE EMM,
tuan telah
meminta
rakyat
Malaysia
memberi
cadangan
akan Bajet
2010 yang
tuan
bentangkan
di Parlimen.
Sebagai
rakyat yang
baik di
negara
Malaysia
yang
demokrasi
ini, maka
saya pun
mahulah
mengemukakan
cadangan
yang tidak
seberapa ini.
Tuan Pee Emm,
sejak tuan
umum
peruntukan
Bajet Mini
berjumlah
RM60 bilion
diawal tuan
menjawat
jawatan Pee
Emm, dalam
kepala saya
ialah:
Jikalaulah
daripada
jumlah RM60
bilion
tersebut -
saya tidak
tahu kira
betapa
banyaknya -
disedekahkan
RM1 juta
kepada
setiap
seorang
daripada 27
juta rakyat
Malaysia ini,
saya
bayangkan,
rakyat
Malaysia
akan kaya
raya dan
tidak ada
yang miskin
dan papa
kedana.
Tuan Pee Emm,
daripada
peruntukan
RM60 bilion
itu juga -
yang saya
tidak tahu
betapa
banyaknya -
saya
bayangkan
alangkah
bertuahnya
pengguna
lebuh raya
sekiranya
pemilik
konsensi
lebuh raya
yang nilai
semasanya
dilaporkan
berjumlah
RM10.5
bilion itu
dibayar
habis,
disetelkan
dan-dan itu
juga!
Saya tidak
pandai ilmu
hisab tetapi
saya dapat
merasakan
jika
cadangan
saya ini
dipersetujui
- bayar
habis kepada
konsensi
lebuh raya -
maka saya
sebagai
rakyat
Malaysia
tidak lagi
perlu
membayar tol
sehingga
arwah bila
melalui
lebuh raya
apatah lagi
balik
kampung
berhari raya
atau
misalnya,
semasa
pilihan raya!
Tuan Pee Emm,
kempen
diskaun tol
pada musim
perayaan
dari pukul
12 malam
hingga pukul
7 pagi saya
rasakan
hanya
kelakar,
mengganggu
tidur sahaja.
Bukankah
baik
dipercumakan
terus tol
demi beramal
jariah
kepada
rakyat?
Sekali baca,
kempen ini
jelas
menggalak
orang ramai
berpusu-pusu
masuki lebuh
raya dan
menyerbu
palang tol
untuk
mendapat
diskaun.
Lihat,
betapa
subsidinya
rakyat
Malaysia,
ceh!
Tuan Pee Emm,
selama ini
kita
dikempenkan
agar tidak
memandu
dalam
keadaan
mengantuk,
dalam kes
diskaun tol
yang dijom
heboh pada
waktu tidur
ini,
bagaimana
pula agaknya?
Perlukah
kita
menyerbu
palang tol
di lebuh
raya pada
waktu tidur?
Bukankah
pada waktu
itu biasanya
adalah waktu
tidur dan
bangun pagi
sekalian
rakyat?
Alahai!
Betapa
bengapnya
kita
berkejar
berlumba di
lebuh raya
dan lebuh
raya menjadi
sesak pada
waktu kita
tidur? Waktu
tidur
sepatutnya
adalah waktu
rakyat
setel
masalah!
Dan yang
kaya, yang
nyenyak
tidur pada
waktu itu,
masih tetap
kapitalis!
Tuan Pee Emm,
saya
cadangkan
dibikin satu
atau banyak
konsortium.
Kerah
konsortium
ini masuk
kampung-kampung,
kerah mereka
hidupkan
semula sawah
terbiar,
airi tanah
yang kontang,
tanami
semula padi.
Malaysia
miliki
tenaga buruh
pendatang
yang
melimpah
ruah, ambil,
kerah dan
gajikan
mereka
bercucuk
tanam padi
dan bukan
hanya bina
bangunan
tinggi!
Tuan Pee Emm,
generasi tua
yang
menghidupkan
sawah di
kampung-kampung
selama ini,
sudah pupus.
Manakala
generasi
baharu yang
sekolah
tinggi-tinggi
tidak kenal
sawah
bendang dan
mereka
memilih
untuk hidup
dan
bekerjaya di
bandar-bandar.
Malah
generasi
yang tidak
bersekolah
tinggi pun
memilih
bandar untuk
menjadi
sabut yang
timbul atau
batu yang
tenggelam!
Tuan Pee Emm,
jika tenaga
buruh di
Malaysia
yang
berjumlah
jutaan orang
itu boleh
dipetik jari
untuk
dikerah
hidupkan
semula sawah
mati maka
berelung-relung
tanah sawah
mati dan
terbiar itu
akan kembali
hidup subur.
Hasilnya
beras tidak
perlu
diimport,
tidak perlu
risau orang
kampung mati
tidak makan,
tidak perlu
susah payah
heboh beras
free kepada
orang miskin
tegar kerana
hasil yang
diperoleh
daripada
berelung-relung
tanah sawah
terbiar di
seluruh
ceruk negara
barangkali
lebih
daripada
mencukupi.
Beras akan
sentiasa ada,
rakyat tetap
makan nasi
dan rakyat
tidak akan
mati kerana
tidak makan
nasi! Sekian
untuk
renungan
Tuan Pee Emm.
Heppy
Deepavali!Hidup
Isa Bagan
Pinang!