PROTAGONIS, ANTAGONIS & OPPORTUNIS

 
 


8 Julai 2009, 8.03 pm

Seorang protagonis merupakan watak utama dalam sesebuah kesusasteraan atau drama yang memegang peranan khas dalam kisahnya. Secara alternatif, frasa ini menandakan pembela utama atau penyokong untuk satu-satu sebab atau gerakan. Watak utamanya boleh diklasifikasikan sebagai hero.

Antagonis merupakan watak atau sekumpulan watak, atau, kadang-kala merupakan institusi suatu kejadian yang mewakili pembangkang menentang hujah-hujah pihak protagonis (dalam maksud lain, antagonis adalah watak hitam).

Siapa kita? Di belah mana? Protagonis atau Antagonis? Atau kita hanya opportunis?

Mungkin sudah ada yang mengira-ngira kedudukan diri. Jika sudah ketemu jawapnya, aku ucapkan tahniah. Aku juga ucapkan takziah. Kenapa? Kerna, antara protagonis, antagonis dan opportunis, penilaian samada berada di jalan para pembela atau perosak hanya bisa ditentukan melalui penilaian yang lurus.

Dewasa ini, tidak ramai manusia yang rela menjadi salah satu dari dua (baca:protagonis@antagonis). Ramai yang ada, lebih senang berdiri tegak di tengah-tengah pertempuran. Memerhati sekeliling. Bersuara sekali-sekala. Namun, untuk turut sama terjun berjuang, payah sekali. Merekalah yang bergelar opportunis.

Anehnya, golongan ini bersemangat sekali menepuk muka meja bila bercerita tentang kehebatan pertempuran yang dia sendiri tidak pernah pergi. Menyembur air liur. Tegang urat leher. Berketar lengan ke jari seolah-olah batang tubuhnya turut sama merasai keperitan orang yang bertempur. Jika didengar dari gaya badannya, maka ramailah para pendengar yang akan merasa takjub yang bukan sedikit. Hebat. Memang hebat gaya penceritaannya.

Aku tidak pernah hormat pada golongan ini. Baik kawan mahupun lawan, jika bendera tengahlah yang dipilih maka tiada apa sangat yang akan aku harapkan dari mereka. Mudah sebenarnya nak berjumpa dengan mereka. Tak payah dicari jauh-jauh. Kita pasti akan bertemu orang tengah ini di dalam mana-mana mesyuarat. Biasa jumpa kan?

Dari sudut pendirian, orang yang bertentangan ide dengan aku lebih aku hormati dari orang yang tak aku tahu pendiriannya. Setidak-tidaknya orang yang bertentangan itu akan mencurahkan segenap usaha dan minda tingginya demi mempertahan apa yang diyakini. Dia tidak akan hanya mengangguk tanda setuju. Anggukan mahupun gelengannya punya makna. Bukan kosong.

Lain halnya dengan opportunis. Minda mereka payah difahami. Hati mereka sukar dimengerti. Kerana apa yang diluah belum tentu yang benar. Belum pasti datang dari hati. Biasanya apa yang mereka lafazkan berkait rapat dengan usaha memelihara survival diri sendiri. Jaga periuk nasi. Jaga kesihatan.

Lebih menyesakkan bila opportunis itu turut salin kulit menjadi tukang ampu sana ampu sini. Matlamatnya hanya satu, al fulusu fid dunya. Tak kiralah walau banyak manapun kepala orang lain yang dipijak, asal mencapai apa yang dihajati, akan dilakukannya dengan penuh gembira. Orang-orang tengah ini biasa berkumpul bersembang dengan protagonis juga antagonis. Degar suaranya menggoncangkan. Diserlahkan tanda-tanda sokongan. Sedang hati dan niatnya hanya satu. Mencari titik-titik pertentangan yang kemudiannya akan dipersembahkan kepada pihak yang lain. maka berlaga sakanlah protagonis dan antagonis.

Teringat aku pada ungkapan yang pernah aku dengar lama dulu. "Hidup biar bermaruah dan biar mati demi mempertahan maruah". Protagonis punya maruah. Antagonis juga punya maruah. Orang tengah biasanya tidak pernah memelihara maruah.

Lantas, soal protagonis mahupun antagonis bagi aku tidaklah sepenting mana. Terlalu subjektif jika mahu dilabel secara tepat kedudukan manusia dalam menanggapi hal-hal dunia. Kecuali kisah-kisah rekaan yang diolah enak sesuai dengan kehendak sang penulis dan pengarah. Boleh ditinggi nilaikan sang protagonis. Boleh dihina dina sang antagonis. Semuanya terpulang pada yang mengatur jalan ceritanya. Yang pasti, soal dunia lebih banyak dirosakkan oleh opportunis a.k.a orang tengah
 

 
 


   
 


hit laman RIZALSHAH.T35
free hit counter html code

PENAFIAN : semua maklumat, pandangan & maklum balas di dalam laman ini adalah pandangan peribadi semata-mata.
 

stats

Hosted by T35 Free Web Hosting. Asian Bridal Makeup - Online Casinos - Porsche Los Angeles - Drug Rehab - Online Degree - Hosting - Prada Sneakers - SEO Services