| |
10 Julai 2009, 11.17 pm

Dah lama benar rasanya aku tak singgah kat laman sesawang Utusan. Tapi kali ni, aku semacam tak sabar nak ke sana. Ada berita besar yang dah lama aku nantikan. Akhirnya, bakal terlerai juga persoalan yang dibangkitkan. Apa nasib PPSMI?
Dah akhirnya, petang itu (8/7) terjawab juga persoalan itu.
PUTRAJAYA 8 Julai - Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan.Keputusan Kabinet itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini - UTUSAN ONLINE
Hanya DIA yang
tahu betapa lapangnya dada saat
mengetahui keputusan kabinet.
Walaupun tidaklah sepenuhnya
seperti yang diharapkan namun,
setidak-tidaknya titisan peluh
dan airmata yang tumpah ke bumi
selama ini tidak sia-sia. Makbul
juga hasrat Pak Samad dan
seniman negara lainnya. Diangkat
juga martabat bahasa ibunda ke
tempat asalnya. Tinggi melebihi
lainnya. Sesuai dengan
kedudukannya di dalam
perlembagaan negara perkara 152.
Mungkin tak ramai yang mengerti
mengapa perlu kita bersungguh
mempertahan bahasa ibunda.
Adakah pupus bangsa Melayu tanpa
bahasanya? Penting sangatkan hal
bangsa Melayu itu untuk semua
kita bersengkang mata dan minda
memikirkan nasibnya?
Itulah antara persoalan yang
bermain di minda aku saat menuju
ke KUIS, Bangi buat sama-sama
mencerna kefahaman yang lebih
tentang persoalan PPSMI satu
masa tidak lama dulu. Lebih
dalam lagi maknanya kerana tajuk
kertas tugasan bagi subjek
Bahasa Melayu Tinggi aku juga
berkisar tentang persoalan yang
sama. Beruntung benar rasa diri
turut diizinkan TUHAN untuk
berada bersama-sama para pejuang
bahasa negara membicarakan soal
survival bahasa dan bangsanya.
Para pembentang yang telah
bersungguh-sungguh meyakinkan
para peserta yang hadir adalah:
Prof Madya Dr Tajul
Ariffin Noordin (UKM)
Prof Dr Nor Hashimah Jalaludin (UKM)
Prof Dr Abdul Aziz Bari (UIA)
Prof Dr Shaharir Mohamad Zain (UKM)
Prof Dr Mat Rofa Ismail (UPM)
Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan
(UPSI)
Datuk Dr Hassan Ahmad (Pengerusi
GMP)
Kelibat Pak A Samad
Said sangat-sangat aku harapkan
namun, beliau tidak dapat hadir
kerna ada keuzuran. Apapun, isi
pembentangan setiap pakar-pakar
ilmu dari pelbagai latarbelakang
amat menyegarkan. Banyak ilmu
dan informasi baru yang aku
dapat. Kupasan dari pelbagai
cabang ilmu dipersembahkan.
Perundangan, psikologi, sains,
matematik bahkan agama
diperjelaskan. Makin luas
rasanya pandangan dan
pengetahuan.
Seperkara yang amat memusykilkan
aku adalah apabila pakar-pakar
bidang Matematik dan Sains yang
telah sekian lama mewakili
Malaysia ke peringkat
antarabangsa turut sama
menentang PPSMI. Pelik. Jika
pakar bidang itupun membantah,
apa rasional yang diguna saat
mahu melaksanakannya?
Mendengar nada
suara dan kupasan setiap dari
mereka, membuatkan aku tambah
mengerti mengapa mereka sanggup
mempertaruhkan nasib diri dan
periuk nasi masing-masing di
jalanan bersama marhain lainnya.
Konklusinya hanya satu. Hapuskan
PPSMI demi kemaslahatan bahasa
Melayu dan bangsanya. Tanpa
bahasa, terkuburlah identiti
bangsa ini.
Dan sedikit advantage, kertas
tugasan berjaya aku lengkapkan
sedaya mungkin. Aku kupas kesan
PPSMI dari 3 matra berbeza. 1.
Kesannya terhadap kedudukan
bahasa Melayu. 2. Kesannya
terhadap kedudukan Kontrak
Sosial negara. 3. Kesannya
terhadap proses pembentukan
Dasar Kebudayaan Negara.
Hasilnya, aku berjaya mendapat
markah yang tidak dijangka.
27/30. Dan keseluruhannya,
subjek Bahasa Melayu Tinggi yang
cukup memeritkan itu dapat juga
aku peroleh A- untuknya. Syukur
padaNYA semata.
Kesimpulannya, kita perlu benar
menyedari hak-hak kita. Dengan
kesedaran itu, perlu pulalah
kita melangkah demi
mempertahankannya. Bahasa Jika
Bangsa.
p/s : Jangan lupa ke Stadium
Bandar Baru Bangi jam 9.00 malam
pada 19 Julai ini sempena
Perhimpunan Sambutan Pemansuhan
PPSMI bersama toloh-tokoh
pejuang bahasa negara.
|
|