ADA APA DENGAN POLITIK?

 
 


31 Mac 2009 , 6.07 pm
 

   

Aku tak pernah lagi posting cerita2 pasal politik sebelum ni. Bukan tak minat, cuma lebih gemar simpan rasa hati buat diri sendiri. Maklumlah, bila cakap soal politik ni, bukan semua orang sefikrah dengan kita. Nanti tak kena gaya, bermasam muka pulak sudahnya. Tapi kali ni, aku rasa aku perlu 'share' buah fikiran yang ada. Bukan pasal 2 bukit 1 batang tu. Tapi pasal prinsip diri orang-orang politik dan mereka yang menyintai politik.

Awal bulan lepas, aku berpeluang bertemu muka dengan semua JKKK daerah Gombak. Tujuan, menyampaikan taklimat proses semakan semula dan sedikit menyentuh soal operasi agihan di daerah. Alhamdulillah, ramai yang hadir. Bermula dengan mukim Setapak dan berakhir dengan mukim Batu.

Ada beberapa perkara yang menarik minat aku tentang mereka.

PERTAMA : Jelas sangat bahawa mereka belum kenal siapa kita (LZS). Kalau dihitung tahap kekelabuannya, aku rasa hampir setebal jerebu yang pernah melanda KL satu masa dulu.

KEDUA : Ada kecenderungan dari mereka ini untuk beranggapan bahwa LZS adalah sebuah institusi yang 'dipengaruhi' oleh pihak-pihak tertentu. Hinggakan ada di kalangan mereka yang mendakwa bahwa wujud usaha-usaha terancang untuk memisahkan urusan agama di Selangor dari pentadbiran kerajaan negeri.

Itu belum dicampur lagi dengan tuntutan supaya LZS mengumpulkan semua penerima bantuan zakat dan menggesa mereka menyokong kerajaan yang memerintah (Pakatan Rakyat).

Bila aku renung-renungkan, baru aku terasa betapa politik bisa mencengkam jiwa rasa manusia yang menyintainya. Baru aku mengerti bahwa politik cukup ampuh untuk membuatkan insan normal berfikir di tahap kurang normal.

Akupun minat politk. Akupun 'follow' isu-isu politik.  Bukan politik tanahair semata bahkan politik antarabangsa sekalipun. AKUPUN MENGUNDI JUGA. Namun, aku cukup takjub dengan insan-insan yang seolah-olah menjadi 'hamba' kepada politik. Fikiran mereka. Ucapan mereka. Cara mereka. Cukup menakjubkan. Mengapa begitu sekali ya?

Tak ada salahnya berpolitik bahkan agama kitapun dimahsyurkan ke seantero pelusuk bumi hasil kekuatan politik. Tapi, perlu agaknya untuk kita mula memisahkan antara kebenaran politik dengan kebenaran menurut TUHAN. Janggal sangat rasanya bila dek kerana politik maka kita mula amalkan apa yang kita cukup pantang dibuat oleh seteru politik kita dulu (masa kita belum berkuasa/jadi pembangkang).

Pelik benar rupanya bila kita sendiri (yang katanya penegak kebenaran) semacam cenderung untuk mengulangi amalan 'khurafat' pemerintah terdahulu (menurut kata kita). Kerna kalau itulah yang dilakukan, apa sangatlah bezanya kita berbanding mereka?

Benarlah, bahwa KEBENARAN itu dari TUHAN yang satu. Andai 'kebenaran' TUHAN yang kita kendong, maka bertuahlah. Sebaliknya, jika 'kebenaran' kita yang didukung, maka malanglah.

Syukurnya, soal kefanatikan politik ini hanya menimpa segelintir dari mereka. Bukan semua. Majoritinya menyampaikan rasa bangga dan kasih pada LZS atas persembahan kerja kita. Ada juga yang menghulurkan salam memohon maaf atas keterlanjuran sahabat lainnya.

Saat itu, segar bugar kembali tahap keyakinan dalam diri bahwa semua itu hanyalah sebutir dua pasir yang kekadang hinggap di anak mata.

Pedih...Tapi bisa dikuis keluar. Mudah-mudahan.
 

 
 


   
 


hit laman RIZALSHAH.T35
free hit counter html code

PENAFIAN : semua maklumat, pandangan & maklum balas di dalam laman ini adalah pandangan peribadi semata-mata.
 

stats

Hosted by T35 Free Web Hosting. Sunglasses Sale - Casino News - Audi Los Angeles - Drug Rehab - Best Online Colleges - Domain Names - Prada Sneakers - SEO Services