| |
24 Ogos 2009,
5.03 pm
|

GAMBAR :
aku,
sharifuddin
& rafiz
masa
dolu-dolu.
Semua
bujang
lagi
time tu |
"Terkenang
semasa dulu....Hatiku
merasa rindu"
Aisehmen.
Teringat pulak
lagu arwah
R.Azmi. Memang
lagu tu sesuai
sangat dengan
apa yang aku
rasa sekarang.
Hari ini, tanpa
aku duga,
sahabat lama aku,
bro Rafiz dengan
tak semena-mena
menjengah blog
aku ni. Separuh
terkejut juga
dibuatnya.
Maklumlah, dah
lama sangat
rasanya kami tak
berhubungan
antara satu sama
lain sejak dia
berhijrah ke
Pusat Zakat
Negeri Sembilan
(PZNS) lama dulu.
Masih aku ingat
lagi orang-orang
yang join PZS
sama dengan aku
semuanya bujang
lagi. Majoriti
datang kerja
naik bas. Paling
handalpun naik
motor. Masa tu,
kalau ditanya
apa transport
idaman
masing-masing,
hampir semua
akan menyebut
Yamaha Virago.
Aku sendiripun
pernah jugak
pasang niat nak
'tangkap'
sebijik. Jiwa
mudalah katakan.
Gaya mesti
diutamakan.
Seingat
aku, yang masuk satu batch
dengan aku selain Sharifuddin (KOD
Hulu Langat) dan Rafiz adalah
Syuaib (JPU), Amran Hazali &
Ust.Kamal Ashaari. Yang still
istiqamah dengan LZS cuma
tinggal aku, Sharifuddin &
Syuaib (Itupun entah sampai bila
agaknya). Rafiz berhijrah ke
PZNS manakala Amran pulak
bertukar angin ke PPZ KL.
Sekarang, Rafiz dah jadi
pen.pengurus operasi di PZNS.
Sebab tulah kalau diteliti
betul-betul, tak jauh beza gerak
kerja dakwah di LZS kalau
dibandingkan dengan PZNS. Ada
tukang ciplak kat sana....hehehe.
(Jangan marah ha....). Amran
pula memegang jawatan yang tak
kurang hebatnya di PPZ KL. Ustaz
Kamal pulak terus memberikan
tumpuan sebagai seorang
pendakwah bebas sampai sekarang.
Bangga rasanya bila kawan-kawan
satu batch berjaya di tempat
masing-masing.
Banyak yang kami lalui bersama.
Terutamanya zaman Seksyen 14,
Petaling Jaya sebelum berpindah
ke Seksyen 8, Shah Alam. Di
zaman itu, kerja sebagai pegawai
zakat bermaksud semua tugas
tertanggung di bahu. Dari
bertugas di kaunter hinggalah
menyampaikan taklimat zakat di
agensi kerajaan dan swasta. Itu
tak termasuk lagi
operasi-oprerasi ala-ala buruh
kasar lagi tu. Walaupun letihnya
payah nak dicerita, namun rasa
puas dan seronok bekerja cukup
dirasa. Kerana jiwa masih muda.
Semangat masih cukup kental.
Payah nak rasa sengal. Ditambah
pulak, pada zaman itu tak banyak
hal-hal 'office politic' yang
memeningkan kepala. Bukan macam
sekarang.
Mungkin itulah sebabnya mengapa
aku cukup cepat rasa angin satu
badan bila orang-orang baru di
LZS ni banyak sangat rungutannya.
Kalaulah saja mereka alami apa
yang kami alami, pasti mereka
akan tahu betapa jauhnya
perbezaan kerja dulu dengan
sekarang. Barulah mereka sedar
betapa bertuahnya mereka kerana
dikurniakan rezeki untuk
menyertai organisasi ini ketika
ianya telah dewasa dan
establish. Barulah mereka akan
cukup mensyukuri nikmat dan
sumber rezeki yang diperolehi
sekarang. Jauh. Jauh yang amat
zaman dulu dengan sekarang.
kalau anda orang lama, anda
pasti akan turut menganggukkan
kepala seperti aku. Pasti.
Lebihnya
dulu, jalinan ukhuwah antara
kami rapat bertaut. Mungkin
kerana staf tak ramai. Dah tu,
berjiwa muda pulak. Satu lagi,
zaman dulu kalau time family day
atau kursus memang best. Pakat
berjalan sajalah jawabnya.
Paling best bila dapat peluang
naik flight ke Perlis. Mana
tidaknya, majoriti tak pernah
merasa naik kapal terbanglah
katakan. Peghak dibuatnya kata
orang perak. Time nak berlepas
tu memang tak sudah mulut aku
mengucap. Tangan langsung tak
lepas dari tepi tempat duduk.
Ingatkan aku saja yang rasa
seram sejuk macam tu,
member-member lainpun sama juga
rupanya. Tapi bila kapal terbang
dah naik tinggi di udara,
masing-masing mulalah buat
perangai. Berlawak jenaka tak
berhenti sampailah time nak
mendarat. Itulah pengalaman
pertama kami semua naik flight.
Yang sedih bercampur lawaknya,
time nak balik dari sana ada
pulak staf yang kena naik bas.
Akupun tak berapa ingat pasal
apa. Tapi aku tak termasuk dalam
group tu. Memang kesian betul
pada kengkawan yang terlibat.
Bayangkan sajalah, dari Perlis
ke Selangor. Jauh tu.
Seperkara lagi, zaman kami dulu
banyak benefit yang syarikat
bagi. Antara yang paling aku tak
boleh lupa adalah masa syarikat
bagi blazer hijau. Fulamak aii....memang
rasa bangga yang amat time pakai
blazer tu. Maklumlah, dalam
seumur hidup aku mana pernah aku
ada blazer. Bila time meeting
atau program, semua yang staf
akan pakai. Memang segak betul.
Ingat lagi bila aku bawak blazer
tu balik ke rumah. Mak akulah
oang pertama yang membeleknya.
Disuruhnya aku pakai. Nak tengok
kesegakan anak lelaki dialah tu...hehe.
Tapi sekarang blazer hijau tu
dah tak ada. Entah ke mana
perginya akupun tak pasti.
Walaupun zaman tu ada beberapa
isu yang hangat tentang
pengurusan, tapi seperkara yang
aku bagi kredit pada pengurus
besarnya iaitu dalam bab
kenaikan tahunan. Semuanya based
on performance. Paling tinggi
pernah aku dapat ialah 12%.
Memang berbaloi kerja penat yang
kita buat sepanjang tahun.
Sekarang? No komen....
Banyak lagi sebenarnya
pengalaman lalu yang dok
mengusik jiwa aku sekarang ni.
Itu belum cerita masa zaman aku
bergelar artis lagi tu....hehehe.
Tapi, biarlah dulu. Nanti bila
ada masa akan aku kisahkan untuk
tatapan kalian. Adios....
|
|