ONE OF THE BEST GAME EVER PLAYED

 
 


22 April 2009 , 08.37 am
 

         

Tak pernah lagi aku cerita pasal bola di sini. Tapi kali ni, aku perlu ceritakan pengalaman hebat yang satu ini. Sebab? Kerana ianya amat mengagumkan.

Real Madrid 3, Gatafe 2 & Liverpool 4, Arsenal 4. Dua perlawanan berlangsung hampir serentak. La liga di channel 811 dan EPL di 812.

Sebetulnya, aku bukanlah peminat Liverpool. Bagi aku, corak permainan EPL kurang nilai estetikanya. Dan aku tidak pula mengatakan bahwa La Liga lebih 'suppreme compared to EPL. Masing-masing ada kelebihannya.

Namun, EPL bagi aku lebih bersifat tactical play. Jauh bezanya kalau nak dibanding dengan La Liga. Di La Liga, permainan bukan hanya berpaksikan kepada mencapai kemenangan tetapi lebih besar dari itu, ianya merupakan satu bentuk 'persembahan' atau ' entertainment'.

Skil individunya cukup menghiburkan. Kekadang, walaupun tewas, pasukan di sana tetap disanjung kerna nilai persembahannya untuk penonton. Ibarat menonton filem thriller dengan elemen seni yang tinggi. Cukup mengujakan.

2 perlawanan awal pagi tadi bagi aku antara yang terbaik pernah aku saksikan di kaca TV (aku tak pernah nonton di stadium). Remote di tangan tak henti-henti beralih dari satu rangkaian ke lainnya. Maklumlah, dua-dua berlangsung serentak.

Walaupun tumpuan aku lebih kepada perlawanan antara Real Madrid vs Gatafe, tapi persembahan Liverpool tidak aku tinggalkan. Kedua-dua perlawanan bagi aku cukup menarik kerna momentumnya yang benar-benar heart stopping.

Hampir terjerit dibuatnya.

Conclusionnya, tak sia-sia aku tangguhkan sebentar usaha menulis nota untuk final exam hujung minggu ini. Memang berbaloi....
 

 
 


   
 


hit laman RIZALSHAH.T35
free hit counter html code

PENAFIAN : semua maklumat, pandangan & maklum balas di dalam laman ini adalah pandangan peribadi semata-mata.
 

stats

Hosted by T35 Free Web Hosting. Asian Bridal Makeup - Gambling News - Audi Los Angeles - Drug Rehab - Online Degree - Cheap Domain - Prada Shoes - SEO Services