| |
21 Julai 2009, 6.27 pm
Ramai
yang melahirkan
rasa terkejut
bila membaca
tulisan aku yang
begitu "keras"
kebelakangan ini.
Mereka tidak
pernah melihat
aku sekeras ini
bila mengulas
tentang sesuatu
isu atau perkara.
Terkejut.
Musykil. Ingin
tahu kenapa.
Itulah yang aku
terima dari
mereka.
Sebelum aku
menjelaskan
persoalan yang
ada, aku
benar-benar
berbesar hati
bila ada di
kalangan
rakan-rakan dari
dalam dan luar
daerah ini yang
mengajak aku
mendekati jalan
perdamaian. From
the bottom of my
heart, i really
appreciate it.
Dan aku
berbangga
mempunyai rakan
semacam kalian.
Namun, rasa
pedih yang aku
alami sekarang
amat sukar untuk
aku biarkan berlalu pergi
begitu sahaja.
Mengapa? Kerana,
sudah sekian
lama aku
membiarkan diri
aku ini menjadi
pengalah.
Membiarkan saja
kata-kata tohmah
dan fitnah
dilempar ke muka.
Aku telan saja
pahitnya. Aku
tahan saja
pedihnya. Kerna
aku secara sedar
telah memilih
untuk lebih
banyak memaaf
dan melupakan.
Mengharapkan
kebaikan dan
perubahan.
Bertahun lamanya
aku hanya
tersenyum tiap
kali datang
kepada aku
pelbagai jenis
cerita busuk
yang disebarkan
kepada orang
luar dan dalam
tentang diri aku
oleh perempuan
itu. Kini, zaman
itu sudah
berlalu. Sudah
aku tekan punat
berhentinya.
Enough is
enough. It's
time to kick
some a**.
Surah Al-Hujurat
ayat 6
memberikan kita
panduan dalam
menilai sesuatu
berita. Dan aku,
hanya menerima
berita dari
telinga-telinga
yang
mendengarnya
secara terus
dari perempuan
itu. Bukan dari
orang lain yang
mendengar dari
orang yang
mendengar. Dan
telinga-telinga
itu aku yakini
tsiqahnya.
Mereka tidak
mempunyai
apa-apa
kepentingan.
Mereka ada
autoriti di
syarikat ini.
Kepada
mereka-mereka
inilah perempuan
itu menyebarkan
kisah-kisah
dongengnya. Maka
dari mereka
jugalah aku
perolehi kisah
dongeng itu.
Ada
masa kita
biarkan saja.
Ada masa kita
bertahan
sebolehnya. Dan
ada ketikanya
kita perlu menyerang
semula.
Duhai kawan.
Maafkan aku jika
ada antara
kalian yang
merasa tidak
selesa dengan
apa yang ada di
laman ini
sekarang. Pinta
aku cuma satu.
Cubalah mengerti
rasa hati aku.
Cubalah diteliti
perasaan aku.
Ini bukan sifat
aku. Jauh sekali
gaya ini menjadi
kebiasaan aku.
Tapi, aku hanyalah
manusia. Punya
rasa hati. Tahu
kecewa. Tahu
terasa. Maka aku
juga berhak
untuk bersuara.
Menceritakan
kisah aku.
Mengisahkan
pandangan aku.
Menyatakan
persepsi aku.
Dan itu bukanlah
sesuatu yang
dikira dosa.
Selagi yang aku
nukilkan itu
bukan fitnah
mahupun tohmah.
Yang penting untuk kalian
tahu, bila aku
menulis, aku adalah RizalShah.
Bukan KOD. Dan
aku telah
mempersiapkan
minda dan diri
aku untuk selalu
memisahkan
antara personal
battle dengan
working
commitment.
|
|