24 April 2009 , 05.50 pm Bersembang
dengan kawan dan jiran sejak
pembentukan kabinet baru Malaysia
oleh YAB Dato' Seri Najib Tun Razak
agak berbeza fokus dan jalan
ceritanya. Dari sejumlah 10 muka
baru dalam kabinet, ada seorang yang
cukup menarik minat majoriti tukang
cerita. Ustaz Jamil Khir Baharom.
"Aku nak tunggu apa yang dia boleh
buat bila dah duduk dalam kerajaan..
Aku takut jadi gelong cam ummu
hadhari (Dr.Masyitah) jer kang",
kata Samad jiran aku.
"Sabarla. Kan baru lagi dia tu.
Bagila dia masa sikit. Takkanlah dia
nak ubah semua benda dalam sebulan.
Kita kena bagi dia peluang dulu.
Baru boleh komen", potong pak Usin.
"Jai, kau macamana? Takkan diam jer
kot?", tanya mereka pada aku. Aku
cuma senyum dan terus diam. Tak
pasti apa nak kata.
Hati aku bercampur antara gembira
dan gundah gulana. Gembira kerana
Ustaz Jamil Khir adalah antara tokoh
agama negara yang aku muliakan diri
dan ilmunya. Aku pernah berhubung
terus dengan dia satu masa dulu. Dia
dipilih untuk menjadi panel forum
perdana so, aku diamanahkan untuk
menjemput dan menguruskan
keperluannya.
Pernah juga aku hubungi dia untuk
bertanya tentang soal feqah.
Walaupun masa tu dia dalam
perjalanan untuk menghadiri meeting
di KAGAT tapi, gurauan dan bahasa
percakapannya tetap lembut dan
bersahaja. Loghat utaranya masih
pekat. Hujahnya memang mampan.
Pengalaman bersembang melalui
telefon bersama Ustaz Jamil Khir
amat menyelesakan. Dan aku, sebagai
anak muda (lebih kurang 23 tahun)
pada ketika itu cukup terkesan
dengan peribadi dan gaya bahasanya
ketika berceramah. Hinggakan Abang
Li (Rosli) selalu kata gaya pidato
aku mirip kepada Ustaz Jamil Khir
tiap kali aku menyampaikan taklimat
zakat.
Namun, aku juga gundah gulana kerana
aku bimbang Ustaz Jamil Khir akan
turut tersenarai sebagai salah
seorang tokoh agama yang berubah
fikrah dan jati dirinya setelah
berada di dunia 'sana". Bukan soal
keahlian dalam parti politik yang
aku runsingkan. Bukan. Tapi
keteguhan fikrah dan tasawwurnya.
Lihat saja apa yang telah berlaku
pada
Dr.Masyitah.
Amat menyedihkan. Aku sedih bukan
kerana 'warna' yang dipakai tapi
kerana lidahnya bertentang amat
dengan pasak agama TUHAN. Tapi,
dalam masa yang sama juga aku tidak
dapat bersetuju dengan sesetengah
lontaran
para ustaz
di sebelah yang lain. Menghentam
membuta tuli. Niatnya hanya mahu
menjatuhkan muruah seorang insan.
Bukan itu alur fikiran yang aku
harapkan.
Apapun, aku doakan kebaikan dan
keteguhan iman buat beliau. Moga
sinar yang dinanti menyinar terang.
Ameen...
LATAR BELAKANG
Anak kelahiran Yan , Kedah berusia
48 ini memperolehi Ijazah
B.A.(Hons)(Syariah) daripada
Universiti Malaya pada tahun 1986
dan juga Ijazah Sarjana Pengajian
Islam (M.A) dalam bidang Pengurusan
Ekonomi Islam daripada Graduate
School of Islamic and Social science
di Virginia , Amerika Syarikat pada
tahun 2000 , manakala sekarang
beliau meneruskan usaha beliau dalam
menuntut ilmu pengetahun dengan
menyambung pengajian Ijazah
Kedoktoran Falsafah di Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM).
Bapa kepada enam orang cahaya mata
hasil perkongsian hidup dengan
permaisuri hatinya Datin Fatmawati
binti Saidin ini telah memulakan
kerjayanya sebagai pegawai agama
berpangkat kapten pada tahun 1986
sehinggalah pada 16 Januari 2008
lalu , beliau telah mencipta sejarah
pertama Pengarah Kor Agama Angkatan
Tentera (KAGAT) dengan dianugerahkan
pangkat Mejar Jeneral.
hit laman RIZALSHAH.T35
PENAFIAN : semua
maklumat, pandangan & maklum balas di dalam laman ini adalah
pandangan peribadi semata-mata.