| |
14 Mei 2009, 8.17 pm
"Kerana
kau aku jadi KAFIR."
"Kau memang ******."
"Sebab kaulah aku jadi macam
pengemis. Keluar Islam lagi baik.
Jadi kafir senang je nak dapat
bantuan."
Apa perasaan anda kalau anda
dihadapkan dengan pelanggan
agihan yang sebegini rosak
akalnya? Tak sangka kan? Betul
ke ada yang sanggup buat macam
tu? Macam tak percaya je?
Kalau itulah soalan yang ada di
fikiran anda, maka dengan penuh
rasa dukacitanya ingin aku
isytiharkan bahwa manusia jenis
ini memang sebenar-benarnya
wujud dan bernyawa.
Dan manusia terpilih seperti
kita di LZS inilah yang perlu (samada
suka atau tidak) melayan 'kegilaan'
mereka.
Kekadang, hati aku cukup
terbakar bila diperdengar
kisah-kisah macam ni. Mudahnya
hidup mereka. Kalau nak apa-apa,
minta saja. Kalau tak dapat,
ugut pihak yang menolak
kemahuannya. Gunakan segala
senjata yang ada. Aqidahpun
boleh dijual kalau perlu. Yang
penting, apa yang dimahu mesti
dipenuhi. Apa nak jadipun,
jadilah.
Malang benar kehidupannya. Entah apa yang menggila di
dalam akal merekapun aku tak
tahu.
Namun, yang lebih aku kasihankan
ialah para pegawai agihan yang
terpaksa menahan derita bila
melayan mereka. Bayangkanlah
betapa runsingnya kepala bila
diserang dengan SMS yang penuh
dengan maki hamun. Bayangkan
jugalah akan tekanan berterusan
yang perlu ditanggung.
"Takut-takut aku ni mati
mengejut je nanti," keluh
pegawai a.k.a mangsa keadaan.
Menggambarkan kehebatan tekanan
yang melanda.
Aku, bila dihadapkan cerita
macam ni hanya mampu mengukirkan
senyuman dan menyatakan rasa
takziah yang bukan sedikit
kepada mereka (pegawai). Andai
dugaan itu diletakkan
pergantungannya kepada Allah,
aku yakin DIA tidak akan
sesekali membiarkan hambanya
keseorangan. Yang perlu kita
lakukan hanyalah merintih dan
memohon bantuan dariNYA.
Dan dalam masa yang sama,
kebajikan dan HAK para pegawai
ini tidak pernah dihentikan
perjuangannya. Tak kiralah di
platfom apa sekalipun, asalkan
ada 'orang sana' yang mendengar
dan sesuai dengan kondisi
sekitar, pasti saja akan
disuarakan. Benar, setakat ini
masih belum kelihatan hasilnya.
Ada, tetapi terlalu kecil.
Seakan ada, tapi.....
Bukan untuk mereka saja. Para
petugas yang lain juga perlu
menerima apa yang setimpal
dengan pengorbanan dan jasa
mereka. Tak kiralah dia PZKP ke,
PZD ke atau PT sekalipun. Kerna
hakikatnya, mereka telah
melakukan yang terbaik untuk
organisasi ini. Bahkan lebih
dari itupun telah mereka
curahkan. Maka apalah salahnya
diganjari mereka seadilnya.
Pernah orang tanya aku. "Kenapa
kau asyik bawa isu ni. Kau bukan
dapat apapun. Silap-silap kau
yang kena. Nak buat apa?"
Ada apa-apa untuk aku? Memang
tak ada. Mana nak ada. Andai hak
para pegawai itu diserahkan, aku
masih tetap sama letak duduknya.
Bukan gaji aku yang bakal
bertambah hasil kejayaan
perjuangan ini. Tapi...mereka.
Para pegawai agihan itu. Dan
sesungguhnya mereka amat berhak
untuk menerimanya.
Habis tu, apa yang aku dapat?
Itu antara aku dengan DIA.
Mudah-mudahan usaha yang
sekelumit ini ada penghujung
jalannya. Dan mudah-mudahan juga
penghujungnya menyinar terang
menerangi kekelaman yang sudah
kian lama menyelubung.
Kerana hak mereka, tetap hak
mereka.
|
|