MY FIRST 'F'......huhuhu

 
 


14 Julai 2009, 10.52 am

Aduhai....menusuk hati yang paling dalam dibuatnya. Perkhabaran tentang first 'F' untuk subjek Strategi Perhubungan Awam aku terima secara direct dari lecturer aku di UPM. Berpinau bijik mata. Termenung serta-merta. Tak tau apa yang nak aku kata.

Nak buat macamana. Dah bukan rezeki aku agaknya. So, terimalah seadanya.

Semuanya sebab rasa sakit yang bukan kepalang di bahagian pinggang masa final exam. Selesai je paper Bahasa Melayu Tinggi, aku sepatutnya terus sit untuk paper Strategi Perhubungan Awam dengan 3,4 orang student lain. Tapi, dek kerana tak tertanggung rasa sakit yang ada, kertas soalan tu hanya dapat aku buka dan baca saja. Nak tulis nama dan nombor matrikpun dah cukup struggle.

Aku try adjust kerusi. Manalah tau kalau-kalau boleh kurang sikit sakitnya. Tapi, yang aku dapat hanyalah rasa sakit hingga ke hujung kaki. Hanya DIA yang tahu betapa peritnya. Aku try bertanya pada pengawas peperiksaan, boleh ke aku minta postpone dalam 1 jam. Kerana kalau ikut pengalaman lepas, rasa sakit tu maybe boleh dikurangkan kalau aku boleh berbaring dalam posisi meniarap untuk mengurangkan tekanan pada saraf tunjang. Ditambah dengan pain killer yang memang aku dah simpan dalan kereta untuk handle moment like that.

Aku mungkin bernasib baik sikit kalau hanya aku seorang saja yang mengambil subjek tu on that day. Aku dapat melihat rasa simpati di wajah mereka tapi peraturan sedia ada tidak memungkinkan untuk aku meninggalkan dewan pada ketika itu.  So, request aku terpaksa mereka tolak.

Aku cukup tersentuh bila melihatkan betapa para pengawas exam berusaha untuk meringankan rasa sakit yang aku alami. Sampaikan ada yang membawakan bantal kecil yang diambil dari office untuk diletakkan dibelakang aku. Masalahya, bukan itu yang aku perlukan. Apapun, jasa baik dan simpati mereka amat-amat aku hargai dan ingati.

Akhirnya, setelah hampir 10 minit cuba menahan rasa sakit, aku mengambil keputusan yang paling memeritkan. Dewan aku tinggalkan. Kertas jawapan aku biarkan kosong tanpa jawapan. Yang aku isi cuma ruangan maklumat student saja. Apa boleh buat. Sakitnya bukannya sikit. Nak mengalir airmata dibuatnya.

Kepala hanya tertumpu pada satu perkara. Cari tempat sesuai untuk berbaring. So, lokasi yang paling hampir adalah Masjid UPM. Maka ke situlah aku tuju. Hampir 2 jam juga aku berbaring di ruang solat masjid. Hanya DIA yang tahu betapa ralatnya rasa hati. Aduhai.....

Aku menanti hikmah di sebalik semua itu.
 

 
 


   
 


hit laman RIZALSHAH.T35
free hit counter html code

PENAFIAN : semua maklumat, pandangan & maklum balas di dalam laman ini adalah pandangan peribadi semata-mata.
 

stats

Hosted by T35 Free Web Hosting. Indian Bridal Makeup - Casino News - Audi Los Angeles - Drug Rehab - Online Degree - Cheap Hosting - Prada Shoes - SEO Services