ON VACATION : 1st DAY

 
 


26 Okt 2009, 10.02 pm

24 missed call....

12 short messaging system....

7 voice message....


Itulah angka keramat buat memulakan cuti panjang aku. Dah lama aku tak off kan HP bila bercuti. Biasanya aku on kan juga dan jawap bila perlu. Tapi kali ini, aku tiada pilihan lain selain mematikannya.

Bukan tak mahu melayan cuma, jika diikutkan pengalaman lalu, kalau 1 panggilan aku layan maka, serupa tak bercutilah aku. Kena pulak kalau yang menelefon tu berhajatkan hal-hal agihan. Memang panjang dan getirlah jalan nak menyelesaikannya. Silap-silap, habis separuh hari dibuatnya.

Tak rasa bersalah ke? Manalah tau kalau-kalau orang yang menelefon tu terdesak sangat hajatnya.....

Mestilah ada perasaan tu. Tapi, hajat diri sendiri perlu juga dipenuhi. Dilayan. DImakbulkan. Aku bukannya mesin auto answer yang bersedia berkhidmat 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan. So, keperluan mereka aku fahami namun keperluan sendiri perlu juga aku lestari. Ceeewah....

Bukan apa, memandangkan hasil dari mid term yang lalu tak beberapa jelita markahnya maka, untuk menghadapi final jumaat ini (30hb), aku perlu asak kepala sendiri secukupnya. Tragedi F dalam semester yang lalu tak berminat aku ulangi lagi. Cukuplah sekali itu. Bukan kali ini. Kali ini, aku mahu hadir ke Dewan Kasturi, Hotel De Palma, Ampang dalam keadaan siap siaga.

De Palma? Iya. De Palma Hotel, Ampang. Itulah hebatnya UPM. Exam buat kat hotel gitu.....Hehehe. Akupun baru pertama kali sebenarnya ambil exam di hotel. Selalunya di IPB saja. Biasanya budak-budak BBA dan BHRD yang ambil exam di sana. Entah mengapa pulak kali ini budak BCOMM yang diminta ke sana. Tak kisahlah. Yang penting dekat dengan rumah aku.

So, demi mencapai hasrat untuk tidak mengulangi saat diberi F seperti semester lepas maka, beberapa perpustakaan telah aku usha. Yang penting bukan hebat atau tidak koleksi bukunya tapi, selesa atau tidak kemudahan yang disedia. Kenapa pilih library? Sebab aku fikir tak ada orang yang datang ke library kalau dia nak bergebang. Atau mengumpat. Atau bercengkerama. Enviromentnya tidak sesuai untuk aktiviti-aktivit sebegitu. Tapi enviroment yang senyap sunyi itu cukup ideal untuk orang-orang terdesak yang mendambakan keheningan semacam aku.

Study di rumah? Jangan diharap. Kena pulak ada anak kecil macam aku. Selang 5 minit pasti si comel Marha akan naik ke ribaan aku. Mengajak main solek menyolek patung Barbienya. Tak sanggup aku nak belakon jadi bapak yang kerjanya cuma 2 saja. 1. Sikat ramut patung tu. 2. Tidurkan patung. Aduuuh.....tak sanggup, tak sanggup. Kalau tak dilayan nanti, jebek pulak dia. Tapi kalau dilayan, jebek pulak aku time tengok result nanti.

Jadi, pilihan yang jelas adalah keluar dari rumah, menuju ke library terpilih. Dapat fokus pada study (+ dapat usha aweks-aweks yang melimpah ruah kat sana).....kihkihkih.

So, kawan-kawan semua. Teruskanlah berkhidmat dengan cemerlang. Lontarkan senyuman memanjang. Titipkan nilai kesopanan. Serlahkan kecekapan dalam perkhidmatan. Ada apa-apa hal, jangan call aku. PKOD pun dapat HP company jugak. Biasa-biasakanlah call dia ye......adios

P.S : Aku sambung cuti sampai 2/11/2009. 3hb baru masuk kerja.
 

 
 


   
 


hit laman RIZALSHAH.T35
free hit counter html code

PENAFIAN : semua maklumat, pandangan & maklum balas di dalam laman ini adalah pandangan peribadi semata-mata.
 

stats

Hosted by T35 Free Web Hosting. Sunglasses Sale - Gambling News - Audi Los Angeles - Drug Rehab - Best Online Colleges - Domain Names - Prada Shoes - SEO Services