SENANDUNG : BILA HATI DAH TAK BERKENAN

 
 


8 Okt 2009, 1.43 pm
 




Bila hati dah tak berkenan
Tiadalah lagi yang elok di pandangan
Semua yang ada cukup memualkan
Hingga berselisihpun tak sior badan

Bila hati dah tak berkenan
Dulu riang kini bosan
Berkerut saja kening kiri dan kanan
Ibarat senak perut tak dapat dilepaskan

Bila hati dah tak berkenan
Benda senang dipayah-payahkan
Perkara mudah diberat-beratkan
Supaya tersiksa orang yang menjengkilkan

Bila hati dah tak berkenan
Tiada kata yang mendamaikan
Berbau hanyir butir perkataan
Sumbang amat tiap perbuatan

Bila hati dah tak berkenan
Mahu direntap saja menggunakan tangan
Dah tak tertanggung derita di badan
Dah tak terbendung kusut di fikiran

Bila hati dah tak berkenan
Dicari merata letak kelemahan
Dicanang habis ke utara dan selatan
Salah dan benar bukan lagi jadi pertimbangan

 

 
 


   
 


hit laman RIZALSHAH.T35
free hit counter html code

PENAFIAN : semua maklumat, pandangan & maklum balas di dalam laman ini adalah pandangan peribadi semata-mata.
 

stats

Hosted by T35 Free Web Hosting. Indian Bridal Makeup - Casino Reviews - Orange County BMW - Drug Rehab - Best Online Colleges - Cheap Domain - Prada Shoes - SEO Services