Siri Kisah-Kisah Tauladan :
KISAH BANGKAI & TUAN RUMAH

 
 


20 Julai 2009, 10.34 pm

Di dalam sebuah rumah ada bangkai. Bangkai tikus. Baunya busuk yang amat. Siapa juga yang terhidu pasti memuntahkan isi perutnya. Bagi yang kali pertama menghidu bau bangkai itu, mungkin dia akan terus serik nak masuk ke rumah itu. Rasa loya akan menyerang. Kepala mudah pening-pening. Tapi, orang yang memang sudah lama tinggal di sana, bau bangkai itu walaupun tengik amat baunya sudah boleh di terima seadanya. Nak buat macamana? Dah namanyapun bangkai. Mestilah berbau.

"Habis tu kenapa tak dibuang?, tanya jiran kepada tuan rumah. "Paling tidakpun kau letaklah bangkai tu kat tempat yang jauh sikit. Tak adalah kuat sangat baunya".

"Bukan aku tak nak. Tapi bangkai tu dah kuat sangat melekat di tempat tu. Payah nak dikeluarkan," jawap tuan rumah separuh mengeluh.

"Kau tak try sodok je?" cadang si jiran. "Manalah tau kalau-kalau boleh. Tenanglah sikit kepala orang dalam rumah ni."

"Bukan aku tak pernah cuba. Masalahnya, pengerusi taman perumahan nipun payah benar nak bagi aku sodok keluar bangkai tu. Akupun tak taulah apa benda yang dia nak tunggu lagi," keluh tuan rumah.

"Ha? Apasal pulak pengerusi taman tu buat macam tu? Apa dia ingat bangkai tu boleh tukar jadi wangi ke nanti? Kalau dah bangkai tu, kau bagilah chance lama manapun, dia tetap busuk juga," ulas si jiran kehairanan.

"Habis tu aku nak buat macamana? Dah dia yang ada kuasa kat taman perumahan ni."

"Memanglah dia yang ada kuasa. Masalahnya, bukan dia yang nak kena bau busuk bangkai tu tiap-tiap hari. Kita yang tinggal di rumah ni yang nak kena bau."

"Betullah tu. Tak apelah. Buat masa ni, aku bersabar sajalah dengan bau bangkai tu. Taulah aku macamana nak sabarkan orang-orang yang tinggal dalam rumah ni. Pasal bangkai tu, aku tetap akan sodok dia keluar dari rumah ni. Kau tunggu sajalah nanti. Tak lama dah"

Si jiran hanya menunduk seakan payah nak menerima situasi yang ada. Memang langsung tak masuk dek akal tapi, dah itu jalan ceritanya setakat ini. So, tuan rumah dan semua isi rumah terpaksa jugalah menyambung rasa sabar yang memang dah sekian lama dipegang.

Bangkai yang ada tetap mengeluarkan bau. Membusukkan apa sahaja di kelilingnya. Maklumlah, dah namanyapun bangkai. Agaknya si bangkai mula rasa bangga dengan kebangkaiannya. Membusukkan semua. Tak kira masa. Tak kira di mana. Oh bangkai...kau memang BANGKAI.....
 

 
 


   
 


hit laman RIZALSHAH.T35
free hit counter html code

PENAFIAN : semua maklumat, pandangan & maklum balas di dalam laman ini adalah pandangan peribadi semata-mata.
 

stats

Hosted by T35 Free Web Hosting. Sunglasses Sale - Online Casinos - Orange County BMW - Drug Rehab - Online Degree - Domain Names - Gucci Sneakers - SEO Services