| |
8 Mei 2009, 2.15 pm
Aku dah rasa banyak jenis ayam
golek di Lembah Kelang ni. Itu
tak termasuk lagi ayam golek
yang dijual masa bulan puasa.
Macam-macam rupa dan rasa. Tapi
ayam golek Pantai Dalam cukup
menambat hati aku. Rempahnya
cukup sempurna. Kelembutannya
mengasyikkan. Kemanisannya
mempersonakan. Pergh.....memang
POWER RANGER MERAH gitu...hehe
Ayam golek Pantai Dalam ni
memang dah cukup terkenal di
Lembah Kelang. Seingat aku,
pernah aku bersembang dengan
seorang makcik yang sanggup
datang dari Klang semata-mata
nak bagi anak cucu dia rasa
keenakan ayam tu. Itu tak
termasuk lagi dengan kemeriahan
upacara beratur berganti-ganti
bila tiba bulan puasa.
Walaupun harganya dah naik sikit
dari 14 ringgit ke 17 ringgit
seekor tapi langsung tak
berkurang pelanggan yang datang
ke restoran tu. Aku pernah cuba
jugak cari kalau-kalau ada
contender lain yang boleh
mencabar ayam golek Pantai Dalam.
Malangnya tak ada langsung.
Abang ipar aku pernah jugak ajak
aku pergi try ayam golek di
Taman Medan. Katanya sedap. Bila
dah try, kesimpulannya.....bolehlah.
Bukan tak sedap, tapi tak cukup
lazat kalau nak dibandingkan
dengan ayam golek Pantai Dalam.
Tempat-tempat lain tu setakat
ada ajelah. Setakat ayam golek
asal rupa je. Asal yang digolek
tu ayam je, bukan kerbau atau
lembu.
Itulah sebabnya kenapa tiap kali
aku balik ziarah orang tua aku
di Kerinci, restoran tepi jalan
yang jual ayam golek tu pasti
aku singgah. Biasanya time
tengahari. Perut dibiarkan
kosong dari pagi. So, barulah
betul-betul terbuka selera masa
nak makan.
Menu
wajib yang selalu ada selain
ayam golek ialah Sup Tulang.
Anak-anak akupun dah jadi separa
ketagih dengan 2 menu tu.
Teringin gak nak rasa lain-lain
sup kat situ tapi tak cukup
tegar. Mana tidaknya, hampir
semua bahagian badan lembu ada
tergantung. Menunggu penggemar
memesannya.
Balik ke cerita ayam golek tadi.
Nama kedai tu Ayam Panggang 5
Bintang. Betul-betul di simpang
4 nak naik menuju ke kawasan
perumahan Pantai Dalam. Kalau
datang dari KL, restoran tu di
sebelah kiri. Gerenti tak akan
terlepas punya sebab hanya
restoran tu saja yang ada jual
ayam golek.
Tapi kena ingat. Elakkan dari
order bungkus kalau tak nak
kereta berbau ayam tu. Sebab
kalau dah diletak dalam kereta,
sure satu kereta akan melekat
baunya. Aku sendiri pernah
bungkus ayam tu. Kononnya nak
bawa balik untuk makan malam.
Akibatnya, hampir 2 hari bau
ayam tu dok melekat pada kereta.
Memanglah sedap baunya tapi jadi
pelik pulaklah kan. Mana ada
orang pakai pewangi kereta
perisa ayam golek ye tak?
Kepada sesiapa yang nak try
keenakan ayam tu, aku memang
beri sokongan 120%. Gerenti tak
akan kecewa punya (ikut lidah
akulah kan. Lidah korang aku tak
taulah).
|
|