PENANGAN DOMESTIC ENQUIRY

 
 


01 Jun 2009, 5.31 pm

Seumur hidup aku di LZS, belum pernah lagi aku dilibatkan secara langsung dengan siri siasatan dalaman (domestic enquiries).

Dulu aku pernah dipanggil sebagai saksi bagi satu kes. Tapi tak sempat nak beri keterangan, kes tu dikatakan sudah cukup kuat untuk sabitan walaupun tanpa keterangan dari aku. So, penat menunggu je.

Tapi, 20 Mei lalu, aku dikejutkan dengan surat perlantikan sebagai salah seorang dari panel siasatan. Hah, panel siasatan? Sudah. Aku mana pernah ada pengalaman sebagai ahli panel sebelum ni. Apa pasal pulak aku yang dipilih? Aduh....

Tapi, bila difikir balik, baru aku perasan yang jemputan tu boleh menjadi ruang dan peluang yang cukup bermanfaat untuk meningkatkan pengetahuan aku. Dapat jugalah aku timba pengalaman yang cukup unik tu. Cuma kali ini, ilmunya agak asing bagi aku. Demi meredakan kepala yang penuh dengan soalan tanpa jawapan, Google aku geledah secukupnya. Aku cuba cari apa saja info berkenaan Domestic Enquiries yang ada di alam maya.

Hasilnya, memang tidak mengecewakan. Cukup banyak panduan yang aku dapat. Ada beberapa perkara yang aku agak kurang jelas. Tapi majoritinya agak mudah difahami. Sekilas pandang, D.I tidak jauh berbeza dari sesi perbicaraan di mahkamah. Banyak persamaannya.

Sampai tarikh yang ditetapkan, akupun pergilah ke Shah Alam, tempat DI akan diadakan. Maka bermulalah sesi. Pendakwa teguh dengan pertuduhan yang dibawa. Tertuduh tegas dengan pernyataan yang dibentang. Seorang demi seorang saksi dipanggil masuk. Masing-masing dengan versi cerita dan pelaporan. Kekadang tegang jugak keadaan. Mujurlah pengerusi panel mampu mengawal semua yang ada. Kalau tak kena gaya, buruk padahnya. Maklumlah, bila dua pihak bertembung. Pastilah ada yang terlajak tingkahnya.

Sesi yang bermula lebih kurang jam 9.30 pagi membawa hingga ke pukul 12.30 tengahari. Itupun belum selesai lagi. So, terpaksalah disambung ke sebelah petangnya. Dan pengakhiran sesi berjaya dicapai lebih kurang jam 5.00 petang. Hanya DIA yang tahu betapa sengalnya badan dek sebab lama sangat duduk di kerusi.

Aku, secara peribadi, cuba sebaik mungkin untuk merungkai aspek-aspek yang aku rasa wujud keraguan. Dan tanpa aku sedari, kekadang soalan yang aku tanyakan menjadi 'point' kepada pihak tertuduh. Kekadang juga menjadi sumber untuk pihak pendakwa. Sebetulnya, bukan itu yang aku maksudkan kerana matlamat asal aku hanyalah untuk memuaskan rasa ingin tahu sendiri. Bimbang kalau-kalau keputusan yang dibuat nanti tidak ditelusuri sebaiknya. Mohon sangat-sangat dari terlibat di dalam menzalimi mana-mana pihak. Na'uzubilah.....

Ya, banyak lagi yang perlu aku pelajari tentang selok-belok sesi D.I dan tugas seorang panel siasatan. Aku bertuah kerana 2 lagi panel siasatan memang dah agak biasa dengan hal-ehwal siasatan dalaman. So, keberadaan mereka memberikan sedikit sebanyak keyakinan kepada diri.

Di sebalik pengalaman yang cukup precious itu, aku mula memahami betapa pentingnya untuk memahiri management knowledge. Without it, a person will do more harm then good. Benarlah kata Rasul. Pasti punah sesuatu urusan bila diserah pada yang bukan ahlinya. Mudah-mudahan organisasi ini diberi kesempatan untuk kembali belajar dan mengubah diri.

p/s : buat kengkawan yang dok bersungguh 'mengorek' isi D.I yang aku pergi tu, aku mohon jutaan kemaafan kerana telah mengangkat kesaksian untuk menyimpan segala fakta kes buat diri sendiri cuma.
 

 
 


   
 


hit laman RIZALSHAH.T35
free hit counter html code

PENAFIAN : semua maklumat, pandangan & maklum balas di dalam laman ini adalah pandangan peribadi semata-mata.
 

stats

Hosted by T35 Free Web Hosting. Indian Bridal Makeup - Gambling News - VW Los Angeles - Drug Rehab - Online Colleges - Web Hosting - Prada Sneakers - SEO Services