| |
|
RS.makan-makan
|
     |
| |
FAMILY WEEKEND LAUNCH @ AL-RAWSHA
Lokasi : Al-Rawsha, No. 78 Jalan Damai
off Jalan Ampang, 55000, Kuala Lumpur
Rating : 4.5/5
Memang
tangkap baring. Itulah konklusi dari
pengalaman menjamu selera di Al-Rawsha.
Paling power, nasi mandy kambingnya. Pergh.....tak
pernah lagi aku rasa di tempat lain.
Entah apa pulak mimpinya, aku tiba-tiba
terasa nak bawa anak isteri ke sana. Tak
rancangpun sebenarnya. Cuma sebelum ni aku
pernah bercerita tentang keenakan hidangan
di Al-Rawsha pada wife selepas dibawa
menjamu makan tengahari di sana oleh P.A
Dato' Hasan Ali, sdra Umar & Herman. Itulah
kali pertama aku melangkahkan kaki ke sebuah
restoran arab. Dan sejak dari saat itu
jugalah ingatan dari pengalaman itu
berkekalan dan makin mendesak untuk diulangi
lai...dan lagi....dan lagi.
Akhirnya,
hari Sabtu lepas (7/11), aku bawa seluruh
family ke sana. Kami sampai lebih kurang jam
3 petang. Tak berapa ramai pelanggan time tu.
Hanya ada 6,7 meja sahaja yang dilanggan.
Soalan pertama yang perlu aku jawap adalah "Ini
kedai orang arab ke abi?" dari si Mirza. "Ha
ah," jawap aku ringkas. Melilau mata
anak-anak bila melihat pak-pak arab bersama
family mereka di kiri dan kanan.
Aku cadangkan Chicken Mandy untuk wife untuk
dikongsi dengan Marha. Dia tak berapa suka
makan kambing. Dan untuk aku dan Mirza, aku
minta menu yang sama. Lamb Mandy. Anak
sulong aku tu walaupun baru darjah 3 dah
cukup suka makan kambing. Dina pula, aku
orderkan Lamb Kebab sebab dia tak berapa nak
makan nasi hari tu.
Minuman pula, aku pilih Red Mint Tea. Kali
pertama diperkenalkan oleh Ustaz Herman tak
lama dulu, lidah aku ni dok asyik teringat
saja pada air teh panas tu. Wife pula
terpikat pada Mix Fruit Punch manakala Mirza,
Dina dan Marha pula, air Barbican menjadi
pilihan mereka. Aku ikut sajalah.
Ternyata, pengalaman dulu berulang kembali.
Langsung tak berkurang kelaatan nasi mandy
di sana. Sampaikan wife aku yang tak berapa
suka makan kambingpun memuji keenakan dan
kelembutan tekstur dagingnya. Mandy ayam
yang dipesan juga enak dan lembut. Ditambah
lagi dengan dua jenis cicah yang cukup
membuka selera. Cuma satu benda saja yang
tak habis. Nasinya. Bukan sebab tak sedap
tapi sebab banyak sangat.
Tengah
dok sedap melayan hidangan, terkejut aku
bila bunyi dentuman kilat sambar menyambar.
Hujan turun bukan main lebat. Nasib baiklah
aku pilih meja di bahagian tengah restoran.
Kalau tidak, terpaksalah berlari ke tengah
menbawa pinggan masing-masing.
Konklusinya, hidangan di Al-Rawsha memang
tidak dapat dinafikan kelazatannya.
Cerita-cerita dari kawan-kawan lain di LZS
selama ini memang telah terbukti benar.
Walaupun suasana restoran agak simple tapi
bagi aku, keenakan hidangannya sudah lebih
dari cukup untuk membuatkan para
pelanggannya merasa selesa dan satisfy. Aku
akan kembali.....
Total price, RM 106.00
 |
|
 |
|
Lamb Mandy |
|
Chicken Mandy |
 |
|
 |
|
Red Mint Tea - Pot |
|
Pelbagai Jenis Minuman |
 |
|
 |
|
Perut dah kenyang, hatipun senang |
|
Barbican Non Alcoholic Beer |
| |
|
|
|
|
|
|
|
| |
IFTAR BERSAMA FAMILI
Lokasi : Kak Eita Restoran Sup Ekor
Steamboat, Wangsa Maju
Rating : 3.5/5
Hari
puasa ke-2 tempohari, aku bawa isteri dan
anak-anak keluar untuk berbuka puasa bersama.
Ada dua lokasi yang terpahat di kepala masa
tu iaitu Restoran Cheng Ho dan Restoran Kak
Eita Steamboat. Kedua-duanya terletak di
Wangsa Maju.
Selepas mengambil undi semua ahli famili,
akhirnya Restoran Kak Eita Setamboat menjadi
pilihan. Uniknya hidangan di restoran ini
adalah kuah steamboatnya ada dua jenis.
Tomyam dan sup ekor. Tak pernah lagi aku
jumpa restoran lain yang serve 2 kuah.
Pilihan makanan lautnya memang banyak.
Kalaulah aku ni hantu seafood, sure penuh
pinggan dibuatnya. Memang banyak piihan.
Sebut saja. Udang, sotong, ketam, kepah.
Ditambah pulak dengan pelbagai jenis bebola
dan sayuran. Itu belum ditambah 6,7 jenis
mee kering yang disediakan. Pendek kata,
rambang biji mata.
Tapi aku lebih tertariik pada hidangan dari
section BBQ. Kambing dan ikan bakar. Pergh...memang
menjilat jari. Satay ayamnya pun cukup enak
dan segar. Pergi saja ke depan tempat BBQ
dan pilihlah apa yang dihajati. Tak silap
aku ada 3,4 jenis ikan untuk dipilih.
Selain itu, hidangan-hidangan sampingan juga
turut menarik perhatian. Walaupun tidaklah
semewah hidangan di hotel namun, kalau
dibandingkan dengan harga per head, aku rasa
cukup berbaloi. Yang paling seronok adalah
anak-anak. Langsung tak lama duduk di kerusi.
Asyik bangun ke sana ke mari mencuba
lauk-pauk dan desert yang ada. Seronok betul
mereka.
Aku dan wifepun dapat rasakan kepuasan
berbuka di sana. Makanannya sedap. Servisnya
cepat. Staf di sana cukup mesra. Untuk
steamboat, aku bagi kredit pada pemilik
restoran kerana menyediakan 2 jenis kuah.
Kuah sup ekornya sedap. Tomyampun tak kurang
enaknya. Ada salah seorang staf di sana yang
mengesyorkan aku rasa siput yang ada. Tapi
lepas difikir balik, tak cukup tergamak
rasanya anak tekak aku ni nak telan nanti.
So, pilih yang kurang mencabar saja.
Overall, Restoran Kak Ieta Sup Ekor
Steamboat di Wangsa Maju tidak mengecewakan.
Kepelbagaian hidangannya cukup untuk
membuatkan aku sekeluarga terpikat.
Total price, RM 98.90
 |
|
 |
|
Steamboat |
|
Satay Ayam & Kambing Bakar |
 |
|
 |
|
Ikan Sungai Bakar |
|
Pelbagai Pilihan Makanan Laut |
| |
|
|
|
|
|
|
|
| |
WESTERN DELIGHT
lokasi : Suria Station, Bandar Baru Selayang
rating : 3/5
Kewujudan
restoran Suria Station ni sebenarnya dah
lama aku tau sebab lokasinya dekat sangat
dengan kaunter BBS. Cuma sebelum ni hati tak
tergerak nak try makan di sana.
Terletak di belakang restoran Rimpun Selera,
Suria Station lebih meriah bila dikunjungi
pada waktu malam. Aku dan wife berpeluang
merasa hidangan di Suria Station baru-baru
ni. Ditemani anak bongsu, Marha, kami
singgah di sana sekitar jam 9.30 malam.
Ramai juga yang bertandang.
Seperkara yang menarik perhatian aku adalah
interior designnya yang seakan-akan restoran
high class di Bukit Bintang. Selesa. Menu
yang dihulur pelayan aku belek depan
belakang.
"Tolong suggest best menu untuk saya boleh,?
tanya aku.
"Abang boleh try western food kami. Ramai
yang order," terang pelayan.
So, aku setuju untuk try Grilled Lamb dan
wife pulak order Chicken Chop. Minuman pula
aku pesan Mix Fruit Punch dan Pineapple Mix.
Untuk Marha, dia awal-awal lagi dok tunjuk
pada gambar Ais Cendol. So, aku ikutkan
sajalah.
Masa menunggu tak lama sangat. Lebih kurang
15 min. Presentationnya agak menarik. Aku
sedikit teruja melihat saiz grilled lamb di
depan mata. Expectation aku mula meninggi.
Tak boleh buat main-main ni. Kalau dinilai
dari matra presentation sahaja, aku tak akan
keberatan untuk beri 4/5 bintang.
Tapi, bila aku mula jamah, ada sesuatu yang
tak berapa sempurna. Mungkin kalau gravynya
dipekatkan sikit, rasanya akan lebih kick.
Dan kalau dagingnya dimasak lebih lama
sedikit, aku yakin kelembutannya akan lebih
menyengat. Aku jeling pada wife. Nak tengok
respond dia pulak pasal chicken chop. Oklah
katanya. Tak jauh beza dari lain-lain
restoran yang pernah kami pergi.
Kalaulah bukan kerana ais cendol yang Marha
order, berkemungkinan besar aku cuma boleh
beri 2/5 bintang saja pada Suria Station.
Tapi bila dah menghirup ais cendol tu, fuuh,
memang mengancam. Cukup rasa dan isinya.
Melihatkan kepada saiznya saja dah cukup
mengujakan. Wife akupun beri two thumbs up
pada ais cendol tu. Mengiurkan gitu.....
Overall, Suria Station at first sight memang
memikat. Tapi, ada sesuatu perlu dilakukan
untuk menambah rasa hidangannya.
Total price, RM 49.
 |
|
 |
|
Grilled Black Pepper Lamb |
|
Chicken Chop |
 |
|
 |
|
Ais Cendol |
|
Mix Fruit Punch & Pineapple Mix |
| |
|
|
|
|
|
| |
|
|
| |
CHEZE MEMORY
lokasi : Secret Recipe, Mid Valley Megamall
rating : 4.5/5
31
Mei 2009. Genaplah 10 tahun perkongsian
hidup aku dan wife. Rasa macam baru setahun
kahwin je. Tapi bila tengok anak-anak, baru
tersedar yang diri ni dah makin berumur.
Bagi meraikan hari ulangtahun ke 10, kami
memilih untuk menjamu selera di Secret
Recipe, Mid Valley Megamall. Sehari sebelum
tu, aku dan famili bermalam di rumah orang
tua aku di Kerinci. So, Mirza dan Dina aku
tinggalkan dengan atuk dan mak tok mereka.
Cuma Marha saja yang kami bawa bersama.
Maklumlah, mana naknya si Marha tu
ditinggalkan uminya.
Cadangnya aku nak bawa wife makan di The
Manhattan Fish Market di LG, Midvalley. Cuma
satu je kekurangannya. Desert kat situ agak
kurang menghairahkan campared to Secret
Recipe. Tambah pulak wife memang dah sejak
dari malam sebelum tu lagi dok
berangan-angan nak pekena cheesecake yang
cukup padat isi dan rasanya. Akhirnya,
setelah dibuat cabutan undi, ke Secret
Recipe juga kami tuju.
Dua hidangan desert yang kami order adalah
Marbel Cheese + Cheze Choc. Satu untuk Wife,
satu untuk Marha. Akupun sebenarnya teringin
jugak nak pekena cheesecake tu tapi,
membayangkan tahap kemanisannya, niat tu aku
kuburkan saja. Ada satu cheesecake yang
pernah aku rasa dulu. Kalau tak silap aku,
namanya New York Cheese. Boleh tahan gak
rasanya.
Untuk main course, aku pilih Grilled Black
Pepper Chicken. Wife pulak order Chicken
Cordon Bleu. Untuk Marha, aku pilih Kids
Chicken Burger. Memang tak boleh dinafikan
bahwa rasa hidangan di Secret Recipe cukup
memuaskan. Setanding dengan harganya, kita
akan dihidangkan dengan hidangan yang indah
presentation dan tastenya. Pergh......memang
sodap.
Dengan sulaman desert manis yang hampir
memukau, air minuman yang menambah rasa
kenyang dan suasananya yang cukup cosi. Apa
lagi nak aku katakan. Semuanya memuaskan.
Walaupun harganya agak melangit, tapi sesuai
rasanya dengan pengalaman indah yang
ditawarkan.
Total price, RM 88.
 |
|
 |
|
Cordon Bleu & Grilled Chicken |
|
Kids Mini Burger |
 |
|
 |
|
Cheze Choc |
|
Marble Cheese |
 |
|
|
| |
|
|
|
| |
|
|
| |
JOM MAKAN STEAMBOAT
lokasi : Ketam Village Steamboat, Ikano
Power Center, Damansara
rating : 3.5/5
Hujung
minggu lalu, aku dan famili turun ke IKEA &
IKANO, Damansara. Wife yang beriya sangat
nak ke sana. Dah lama sebenarnya kami tak
berkunjung ke IKEA. Seingat aku, kali
terakhir kami ke sana sekitar pertengahan
tahun 2007.
Oleh kerana memang ada beberapa keperluan
rumah yang perlu dibeli so, akupun ikutkan
sajalah. Walaupun berat sebenarnya bila
memikirkan kepadatan pengunjung terutama
time-time hujung minggu. Tapi, demi cinta
pada isteri maka kuturutkan jualah....ceeewah....
Tak
adalah banyak sangat yang dibeli. Setakat
5,6 barang untuk kegunaan ruang tamu saja.
Selesai urusan di IKEA, kami mula
mencari-cari tempat makan. Dah berkeroncong
perut rasanya. Banyak juga pilihan tempat
makan yang ada tapi, mata aku tertumpu pada
sebuah kedai yang belum pernah lagi aku
jumpa di tempat lain. Steamboat Ketam
Village.
Mula-mula tu aku agak sangsi sikit sebab
pekerjanya lebih ramai yang berbangsa cina
dari melayu. Tapi bila melihat sijil HALAL
yang terpampang di dinding sebelah jurawang,
hati mula mahu menerima.
Menu aku belek. Semua hidangan bertemakan
steamboat. Banyak juga pilihan yang ada.
Sesuai untuk semua orang termasuk untuk anak
bongsu aku, Marha. Lepas puas berteka-teki
tentang apa agaknya rasa hidangan yang
terpampang di dalam buku menu, aku memanggil
pelayan untuk mula memesan. Aku pilih tomyam
steamboat with sliced lamb. Untuk wife dan
anak-anak, mereka memilih steamboat noodle
with soup.
Servisnya
agak baik. Layanannya mesra. Masa hidangan
sampai ke mejapun agak cepat. Tak sampai 10
minit semua pesanan dah ada. Cuma, kami
sedikit tercabar bila tiada sudu dan garfu
yang disediakan. Yang ada cuma chopstick,
sudu besar dan senduk kecil untuk setiap
orang.
"Aduh.
Patut kita duduk kat sebelah dalam sikit
tadi. Habislah semua orang yang dok lalu
lalang tu pakat tengok kita yang tak berapa
reti nak makan pakai chopstick ni," rungut
aku pada isteri. Dia tersengih mengangguk.
Yang peliknya, anak kedua aku, Irdina macam
dah biasa je makan pakai chopstick tu. Pelik
betul aku dan wife dibuatnya.
"Aik, anak cina mana pulak ni?" gurau aku.
Dekat nak 10 minit jugaklah kami
terkial-kial try nak belajar pakai benda tu.
Akhirnya, aku mengalah. "Mintak ajelah sudu
dengan garfu." kata aku pada wife. Dia
mengangguk. Setuju sangat dengan cadangan
aku.
Akhirnya,
dapat juga kami menikmati keenakan hidangan
steamboat masing-masing. Rasanya, boleh
tahan. Kuah tomyamnya sedap. Menyengat gitu.
Walaupun aku ni bukannya penggemar
steamboat, tapi hidangan di sana tidak
mengecewakan.
Harga makanan di sana agak murahla. Sebab
untuk 4 hidangan yang aku order harganya
kurang RM 50.00 ++. Terkejut jugak aku bila
tengok bil. Ingatkan gerenti cecah Rm 60 -
Rm 70.
Yang paling penting, pengalaman makan
steamboat tu cukup unik bagi aku. Yelah,
mana pernah aku makan di restoran kena masak
sendiri. So, next time, tak adalah
nampak sangat macam orang yang baru first
time makan steamboat. Kira dah ada pengalamanlah....hehe
|
|
|
|
|
|
|
|